9 Ciri-Ciri Moisturizer Terbaik Untuk Kulit Berminyak, dan Kusam | Mari Ikut Panduan Ini 2023

Assalamualaikum

Hello readers! Korang pernah tak ada kerisauan bila nak memilih moisturizer? Macam Iza yang jenis kulit kombinasi berminyak ni memang paling risau bab nak memilih moisturizer. Walaupun Iza kombinasi which ada certain part skin Iza yang berminyak dan ada certain part yang normal, bila tersalah je pilih moisturizer terus jadi berminyak semua skin Iza. Yang jadi lagi tak bestnya bila dah terlalu berminyak sangat pori Iza pun boleh tersumbat dengan minyak dan habuk yang terperangkap dalam minyak tu. Lepas tu mula la naik jerawat sana sini. Blackhead pun jadi banyak and skin jadi kusam.


Tapi jangan risau korang, hari ni Iza nak share dengan korang 9 Ciri-ciri Moisturizer Terbaik Untuk Kulit Berminyak yang korang kena take note sebelum korang beli moisturizer. Let’s go!

1 - WATER BASED MOISTURIZER


Bila kulit muka kita berminyak, kita memang kena cari moisturizer atau krim muka yang tak terlalu pekat dan tebal untuk kulit kita. Ini untuk elakkan lebih banyak penghasilan minyak pada muka. Sangat recommended untuk korang cuba moisturizer water based. Kebiasaannya moisturizer yang water based ni lebih ringan dan lebih cepat meresap. Moisturizer yang macam ni adalah moisturizer yang bagus untuk kulit berminyak.


2 - MENGAWAL KULIT BERMINYAK


Kita yang ada kulit berminyak ni memang tak boleh nak hilangkan terus minyak pada kulit kita sebab minyak tu pun penting juga sebenarnya untuk menjaga kelembapan kulit dan lapisan kulit. Jadi apa yang kita boleh buat ialah dengan mengawal kulit berminyak daripada minyak berlebihan terhasil. Jadi kita perlukan moisturizer yang boleh kawal minyak kita seperti moisturizer yang mempunyai Niacinamide. Fungsi Niacinamide ni ialah untuk mengawal pengeluaran minyak yang berlebihan.


3 - EASY TO BLEND, FAST ABSORB


Moisturizer terbaik untuk kulit berminyak adalah moisturizer yang mudah untuk kita blend pada skin dan cepat meresap. Bila mudah blend dan cepat meresap kita tak akan rasa skin kita melekit atau berminyak. Jadi kita yang memang dah sedia kulit berminyak ni akan rasa lebih selesa bila pakai moisturizer.


4 - MENGECILKAN PORI


Salah satu ciri-ciri moisturizer yang bagus adalah yang boleh kecilkan pori. Kita yang ada kulit berminyak ni memang mudah untuk ada masalah pori tersumbat dan menyebabkan jerawat. Especially yang ada pori besar atau pori terbuka. Jadi kita juga perlu kecilkan pori untuk kurangkan risiko pori tersumbat. Jadi moisturizer dengan bahan Niacinamide memang sangat recommend.


5 - MENCERAH TONA KULIT


Once kulit kita ada masalah je, mesti tona kulit kita pun akan tak sekata. Mula lah skin kita jadi kusam dan nampak tak cantik. Lepas tu bila tumbuh jerawat pula akan tinggalkan kesan dark spot. Siapa yang nak macam tu kan? Jadi, recommended juga untuk cari moisturizer yang boleh mencerahkan tona kulit dan kurangkan dark spot.. Antara bahan yang bagus dalam moisturizer untuk mencerah kulit ialah Niacinamide dan Camellia Japonica Seed Oil.


6 - TEKSTUR YANG RINGAN


Macam yang Iza ada mentioned sebelum tadi. Orang yang ada masalah kulit berminyak memerlukan moisturizer dengan tekstur yang ringan. Ini memudahkan untuk moisturizer cepat meresap ke dalam kulit disamping tak buatkan kulit rasa berminyak atau melekit.


7 - NON-COMEDOGENIC


Iza percaya korang yang ada masalah kulit berminyak macam Iza ni mesti akan ada masalah pori tersumbat juga dan ni lah yang akan jadi punca jerawat naik, blackhead dan whitehead pun muncul juga.. Sebab tu sangatlah penting untuk kita cari moisturizer yang non-comedogenic atau tak sumbatkan pori.


8 - REPAIR SUNBURN


Kulit yang terdedah dengan matahari yang lama boleh menyebabkan sunburn dan sunburn ni sebenarnya akan trigger lagi minyak pada kulit muka kita untuk keluar lebih banyak untuk melegakan sunburn tu. Jadi kita yang dah sedia dengan kulit berminyak ni memang sangat digalakkan untuk menggunakan moisturizer yang boleh repair terus sunburn instead of trigger minyak pada skin kita.


9 - NO HARMFUL INGREDIENTS (No Alcohol, No Sulfate, No Paraben)


Kita yang mempunyai kulit jenis berminyak adalah sangat digalakkan untuk elak bahan-bahan seperti alcohol, sulfate atau paraben. Bahan-bahan yang menyebabkan kerosakan kulit ni boleh menggalakkan penghasilan minyak berlebihan. Jadi pilihlah moisturizer yang tidak mempunyai bahan-bahan yang berbahaya.


Selepas mencuba pelbagai produk moisturizer, akhirnya Iza berjaya jumpa produk yang mempunyai ciri-ciri yang Iza senaraikan dekat atas dan sesuai dengan skin Iza yang berkulit kombinasi minyak ni. 


Aqua Whitening Cream daripada Hansaegee Nature ni adalah moisturizer terbaik dan sesuai untuk kulit berminyak. Krim muka ni mempunyai tekstur seperti gel dan sangat lightweight bila pakai.


Moisturizer ni juga adalah water based dan menghasilkan water drop bila kita sapu pada kulit serta menjadikan moisturizer ni sangat mudah meresap pada kulit tanpa meninggalkan kesan melekit atau berminyak. 


Mengandungi bahan-bahan seperti Niacinamide dan Camellia Japonica Seed Oil yang sangat bagus untuk mengawal minyak pada skin, mengecilkan pori dan perbaiki tona kulit yang tidak sekata. 

Pakai moisturizer ni sebenarnya berapa kali? Haa! Moisturizer ni adalah basic skincare routine yang wajib ada. Jadi amalkan untuk pakai moisturizer ni dua kali sehari iaitu siang dan malam. Bagi Iza, Aqua Whitening Cream ni krim siang dan krim malam terbaik sebab pada waktu siang Iza dapat rasakan moisturizer ni memberikan kelembapan dan penghidratan yang cukup. Pada waktu malam pula, Iza rasakan moisturizer ni memberikan rasa yang sangat lega pada kulit.

So far Iza pakai Aqua Whitening Cream ni memang Iza dapat rasa beza kulit Iza sebelum dan selepas. Kalau sebelum ni minyak dekat kulit ni banyak sangat tapi sekarang terlih better tak rasa lebih terkawal. Iza paling suka moisturizer ni sebab ada waterdrop effect tu. Kadang tak rasa macam pakai moisturizer sebab lightweight sangat dan cepat sangat meresap pada kulit.


Bila pakai waktu malam, esok paginya Iza akan rasa skin Iza lebih smooth dan tak berminyak sangat. Iza rasa skin Iza pun lebih fresh waktu pagi. Sebelum ni kalau bangun pagi je rasa kulit berminyak macam baru lepas memasak. Tapi lepas amalkan pakai Aqua Whitening Cream waktu malam memang kurang sangat minyak dekat muka waktu pagi. Kulit Iza pun dah tak nampak kusam dan nampak lebih cerah daripada sebelum ni.

Kalau korang masih mencari cara untuk merawat kulit berminyak atau skincare untuk kulit berminyak, Iza harap perkongsian Iza kali ni dapatlah menjawab kemusykilan korang tu dan Iza sangat recommend juga untuk korang cuba Aqua Whitening Cream daripada Hansaegee Nature ni. 


Website

Instagram

Facebook

Youtube

Selamat mencuba!

Thanks for reading. Till we meet again.

Ulasan

Catatan Popular