Skincare La’ Miux Skin Therapist Untuk Kelembapan Terjamin Bagi Kulit Sensitif

Assalamulaikum! 

Hello readers. Hari ni Iza nak share dengan korang skincare terbaru yang Iza cuba iaitu dari La’ Miux Skin Therapist. Korang pernah tak dengar tentang jenama ni? Ha! Kalau tak pernah dengar, korang kena baca sampai habis entry kali ni.



LA’ MIUX SKIN THERAPIST

Kalau korang selalu pergi Big Pharmacy mesti korang akan pernah nampak jenama La’ Miux Skin Therapist ni. Kalau korang nak tau, La’ Miux Skin Therapist ni adalah satu jenama yang sangat komited menjaga kualiti produk mereka dengan menggabungkan sains dan tumbuhan semulajadi. Setiap produk diformulasikan di Perancis dan melalui ujian dermatologi serta hipoalergenik untuk pastikan produk selamat digunakan dan berkesan.


Target utama mereka adalah untuk yang ada masalah kulit kering dan juga sensitif. Jadi, mereka telah hasilkan produk yang lebih ditekankan pada kelembapan, lapisan perlindungan kulit yang sihat dan meremajakan kulit. Antara produk yang dalam kategori ni yang Iza dah cuba ialah Natural Advance Crème, Rejuvenating Night Cream, Hyalu-mide Serum dan Sunscreen SPF40.

NATURAL ADVANCE CRÉME


Kelebihan Produk

Krim ni memang dirumus khas untuk kulit kering dan sensitif tapi dalam masa yang sama, krim ni juga dapat membantu masalah alergi atau kegatalan dengan memberikan kelegaan yang maksimum. Dengan formula tidak komedogenik yang berasaskan tumbuhan, dapat melindungi kulit daripada iritasi dan masalah pori. Selain daripada tu, terdapat ekstrak Seaberry yang dengan antioksidan untuk jadikan kulit muka nampak lebih sihat dan anjal. Mereka juga gunakan Fast Multi-layered Liposome Technology di mana bahan-bahan biologikal aktif mampu menembusi lapisan kulit untuk mendapatkan hasil yang maksimum. Produk ni juga tidak mempunyai paraben, pewarna dan pewangi.


Review Produk

Bagi Iza tekstur Natural Advance Crème ni agak pekat dan tebal dengan warna putih. Pada mulanya, Iza ingatkan krim ni akan susah meresap pada kulit Iza yang jenis kombinasi berminyak ni dengan tekstur yang pekat tu. Tapi sebenarnya tak, krim ni meresap dengan cepat dan tak meninggalkan rasa melekit pun pada kulit. Ya, kulit Iza bukanlah kulit kering semata tapi ada bahagian pada kulit Iza yang memang ada masalah kering. Kulit Iza juga rasa lebih lega dan lembap selepas pakai.


REJUVENATING NIGHT CREAM


Kelebihan Produk

Krim malam ni dirumus khas untuk mencerahkan pigmentasi, melembapkan kulit dan melindungi kulit daripada radikal bebas yang boleh merosakkan kulit serta mengurangkan tanda penuaan. Untuk yang perempuan dewasa yang sudah berumur dan mempunyai kulit matang, krim ni mampu untuk mengurangkan tona kulit yang tak sekata, membaiki keanjalan kulit serta merangsang penghasilan kolagen. Rejuvenating Night Cream ni mengandungi Ekstrak Seaberry Oil, Algae, Vitamin B5 Panthenol dan VItamin E.


Review Produk

Tak sama seperti krim sebelum ni, Rejuvenating Night Cream lebih ringan dan lebih melembapkan kulit dengan warna putih yang sedikit transparent. Semestinya lebih mudah meresap pada kulit dan tak membuatkan kulit rasa melekit atau berminyak. Kulit Iza memang rasa lebih lembap dan bila bangun pagi Iza dapat rasakan kulit muka Iza lebih lembut.


HYALU-MIDE SERUM


Kelebihan Produk

Produk ni adalah gabungan serum dan pelembap yang mampu mengukuhkan lapisan perlindungan kulit dan sangat sesuai untuk orang yang mungkin mengalami masalah kulit yang rapuh dan rosak, di mana serum ni mampu untuk memberikan penjagaan intensif. Selain daripada memulihkan lapisan perlindungan, serum ni juga mengandungi ekstrak tumbuhan semulajadi seperti Yuzu Ceramide B dan 3 jenis hyaluronic acid untuk melembapkan dan menghidrat kulit dengan maksimum. Serum ni juga tiada pewarna, mineral oil, paraben, pewangi dan bahan steroid.


Review Produk

Warna Hyalu-mide Serum ni memang jernih dan teksturnya agak pekat. Tapi seperti produk yang sebelum ni, serum ni juga sangat mudah meresap pada kulit tanpa meninggalkan rasa melekit atau berminyak. Selepas pakai serum, automatically Iza akan rasa kulit Iza lebih lembut dan lembap.


SUNSCREEN SPF40


Kelebihan Produk

Sunscreen dengan SPF 40 dan PA+++ boleh melindungi kulit daripada sinaran UVA dan UVB. Teksturnya ringan dan tak menyumbatkan liang pori. Lebih menarik lagi, sunscreen ni direka khas untuk mengelakkan bakteria jerawat daripada menyerang kulit muka. 


Review Produk

Sunscreen SPF40 ni adalah gabungan physical dan chemical sunscreen. Teksturnya nampak pekat tapi rasanya ringan dengan warna putih yang pekat. Iza membayangkan sunscreen ni akan meninggalkan kesan white cast, tapi hakikatnya sunscreen ni tak tinggalkan kesan white cast pun pada kulit Iza. Sunscreen ni juga tak buatkan kulit Iza berminyak atau melekit tapi ianya buatkan kulit muka Iza rasa lebih lembap. Iza juga tak mempunyai masalah breakout selepas guna sunscreen ni.



REVIEW KESELURUHAN


Bagi Iza, product range La’ Miux Skin Therapist ni boleh digunakan untuk semua jenis kulit dan bukan hanya fokus pada kulit kering dan sensitif. Macam Iza yang berkulit kombinasi berminyak ni pun rasa sangat seronok cuba produk La’ Miux Skin Therapist ni terutamanya bila semua produk langsung tak tinggalkan kesan melekit atau berminyak. Antara kesemua produk ni, Rejuvenating Night Cream dan Sunscreen SPF40 adalah favourite Iza sepanjang Iza cuba semua produk. Iza sangat recommend untuk korang pun cuba juga walaupun ada masalah kulit berminyak. 

MAKLUMAT LANJUT


Korang boleh dapatkan maklumat lebih details mengenai produk yang Iza cuba ni di link bawah ni dan korang juga boleh beli di link bawah atau pergi mana-mana outlet Big Pharmacy yang berdekatan dengan korang.

Website

Big Pharmacy

Selamat mencuba!

Thanks for reading. Till we meet again.

Ulasan

Catatan Popular