Sabun Mandian Parrot Botanicals Wangi Semerbak Satu Rumah

Assalamualaikum.

Hello readers! Hari ni Iza nak share dengan korang sabun mandian yang Iza baru je cuba daripada Parrot Botanicals. Orang kata sabun ni sabun lejen and dah lama ada dekat pasaran. Iza je yang baru first time nak cuba. Masa parcel sampai dekat rumah, Iza buka je parcel terus boleh bau wangi sabun mandian ni. Sampai satu rumah boleh ba sabun ni, punya la wangi.


PARROT BOTANICALS


Kalau korang nak tau, Parrot Botanicals ni sebenarnya berasal daripada Thailand dan dah berada di pasaran selama 70 tahun. Lama kan? Parrot Botanicals ni memang terkenal dengan sabun mandian yang mempunyi bau floral dan minyak herba Thai yang sangat wangi dan tahan lama. Kalau korang nak tau, Parrot Botanicals juga pernah dapat Anugerah The Pride of Thais: Premium Product of Thailand yang diberikan oleh Kementerian Penindustrian Thailand. Menjadikan produk Parrots Botanical sebagai produk No. 1 dengan kesegaran asli daripada botani Thai. Sabun mandian Parrot Botanicals terdapat dalam dua jenis iaitu sabun buku dan juga dalam bentuk krim.

Sabun Mandian Buku Parrot Botanicals

Sabun Mandian Krim Parrot Botanicals

SABUN MANDIAN KRIM PARROT BOTANICALS


Thai Botanical & Herbs

Sabun yang warna hijau memang yang paling laris antara semua sabun dan sabun hijau ni mempunyai bau eksklusif  Parrot. Bau unik yang dihasilkan adalah daripada minyak bunga cengkih dan minyak Citronella. Gabungan bahan botani Thai menjadikan kulit lebih segar dan wangian tahan lama sehingga lapan jam.



White Thanaka

Sabun mandian dengan menggunakan bahan daripada White Thanaka yang boleh menjadikan kulit lebih lembut. Bau sabun ni pun sangat smooth dan tahan lama selama 8 jam.



White Sakura

Bau daripada White Sakura ni adalah bau kegemaran Iza. Bau yang sangat menyegarkan daripada White Sakura dan mempunyi bahan yang boleh berikan kesan mencerah dan jadikan kulit lebih merah jambu semulajadi. Wangian sabun ni pun tahan lama sehingga lapan jam juga.



SABUN MANDIAN BUKU PARROT BOTANICALS


Kalau korang lebih suka gunakan sabun buku, jangan risau sebab wangian pada sabun buku pun sama tahan lama macam sabun krim. 


Thai Botanical & Herbs

White Sakura

White Thanaka


Sweet Pink Rose

Bau bunga ros yang semerbak. Bukan setakat tu je, dalam sabun ni juga mempunya aloe vera yang bagus untuk kulit.



Thai White Jasmine

Mempunyai bau yang lembut morning blooming jasmine yang digabungkan bersama ekstrak oren dan asam jawa menjadikan kulit lebih lembut dan bau yang tahan lama sepanjang hari.



PENGGUNAAN & KESAN


Cara nak pakai sabun ni sama macam pakai sabun yang lain. Sabun mandian krim tak perlukan terlalu banyak air untuk hasilkan buih. Bole juga digunakan bersama bath buffer untuk dapatkan buih yang lebih banyak. Untuk sabun mandian buku pula perlu digosok bersama air untuk dapatkan buih yang banyak.


Selepas Iza cuba sabun mandian Parrot Botanicals ni, Iza dapat rasakan sabun ni memang melembutkan kulit dan kulit tak rasa kering selepas mandi. Bau sabun memang tahan lama and semua bau wangi tapi bau kegemaran Iza ialah White Sakura.

Tekstur Sabun Krim Parrot Botanicals

Tekstur Sabun Buku Parrot Botanicals


MAKLUMAT LANJUT & PEMBELIAN


Sabun mandian Parrot Botanicals ni sekarang dah ada dekat Malaysia. Korang dah boleh dapatkan dekat semua hypermarket, supermarket, convient store dan mini market. Sabun mandian ni juga boleh didapati secara online ddekat link di bawah:


Korang juga boleh dapatkan maklumat lanjut dekat link di bawah:

Instagram

Facebook

Thanks for reading. Till we meet again.

Ulasan

  1. Wahhhh ramai cakap wangi. Nak try beli lah cuba.

    BalasPadam
  2. Fuhhh.. Ini mmg legend habis niii... Lama betul x nmpk dlm pasaran!! 😮😮

    BalasPadam

Catat Ulasan

Catatan Popular