Waktu Yang Sesuai Beli Kenderaan

Assalamualaikum!

Hello readers! Sekarang tengah musim cuti sekolah. Korang ada pergi berjalan ke mana-mana ke? Iza baru-baru ni sempatlah berjalan ke Melaka tapi ramainya orang sampai kami tak sanggup nak drive kereta sendiri. Ha! Bercakap tentang kereta, Iza pasti ramai yang ada keinginan nak mempunyai kereta sendiri. Kalau mampu dan ada bajet yang mencukup boleh je beli bila-bila masa. Tapi kita kenalah jadi pembeli yang bijak which sebenarnya ada waktu-waktu tertentu yang kita boleh beli kereta dengan harga yang lebih murah atau lebih berbaloi.


HUJUNG BULAN


Dalam perniagaan, setiap jurujual atau wakil jualan mesti akan cuba untuk kejar target jualan mereka setiap hujung bulan. Ini termasuk juga dengan pengedar kenderaan which mereka ni pun akan kejar target jualan bila sampai hujung bulan. Tawaran yang diberikan mungkin datang dalam bentuk diskaun atau hadiah  seperti servis percuma ataupun baucar petrol.

HUJUNG TAHUN


Lebih kurang samalah macam waktu hujung bulan, hujung tahun pun setiap syarikat yang berniaga akan ada terget tahunan yang perlu dicapai. Lebih menariknya, promosi hujung tahun ni akan lebih besar dan lebih menguntungkan terutamanya bila korang decide untuk beli kenderaan model lama yang mana akan keluar pula model baru pada tahun berikutnya. Masa ni memang peluang terbaik untuk dapatkan harga yang sangat berbaloi.

Image source: www.freepik.com

MUSIM PERAYAAN


Korang juga boleh dapatkan promosi pada waktu musim perayaan. Tak kiralah sama ada waktu Hari Raya, Tahun Baru Cina atau juga Hari Kemerdekaan. So bila tiba musim perayaan boleh la ke mana-mana wakil jualan kenderaan untuk dapatkan promosi ni.

BELI KENDERAAN MENGIKUT KEMAMPUAN


Beli kenderaan ni bukanlah murah which kita perlukan bajet yang besar juga. Iza ada terbaca dekat Harian Metro Online yang mana beli kereta terpakai secara online pun dah selamat sekarang. Bagi Iza, it is a good opportunity sebab kereta terpakai pun tak semestinya tak elok and korang boleh dapatkan dengan harga yang jauh lebih murah.

Sebelum beli kereta pun korang kena juga buat kira-kira bayaran bulanan untuk loan dan sebagainya yang bersesuaian dengan gaji bulanan korang. Lepas tu barulah boleh pilih kereta yang korang nak tapi still within budget.

Image source: www.freepik.com

MAIN GAME ONLINE


Ok dah tak payah nak pening-pening dah. Alang-alang bercerita pasal kereta, jom main game yang barkait dengan kereta secara online dulu. Menarik juga main game online ni kan. Sambil-sambil nak fikir pasal kereta tu, release stress dulu dengan main game. Nanti dapatlah ilham nak beli kereta tu. 

Apple & Onion Cat Rescue


Game ni nak selamatkan kucing daripada kena langgar. So kena lompat atas kereta untuk melintas jalan. Game ni nampak macam senang tapi bila dah banyak level dia jadi makin susah.


Go Chicken Go


Game ni comel sangat. Nak main pun senang je. Korang just kena selamatkan ayam-ayam yang ada daripada kena langgar kereta untuk seberang jalan. Ni memang betul boleh release stress kalau main. 


Selamat mencuba!

Thanks for reading. Till we meet again.

Assalamualaikum

Ulasan

  1. terima kasih atas perkongsian yang menarik dan bermanfaat ini

    BalasPadam

Catat Ulasan

Catatan Popular