Staycation Di AnCasa Royale Pekan Pahang

Assalamualaikum.

Hello readers! Last week Iza sempat bermalam dekat AnCasa Royale Pekan and bawa family berehat dekat sana. Harini baru Iza berkesempatan nak share apa menariknya staycation dekat sana.


ANCASA HOTELS & RESORTS


AnCasa adalah salah satu rangkaian hotel milik UDA Holdings. Kalau korang nak tau AnCasa juga antara hotel empat bintang yang dikenali ramai. Bukan hanya di Pahang, tetapi AnCasa juga terdapat di Kuala Lumpur (AnCasa Hotel Kuala Lumpur), Port Dickson (AnCasa Residences Port Dickson) dan Terengganu (Kuala Terengganu Golf Resort). 


KESELESAAN BILIK


Masa sampai hotel, Iza diberikan Deluxe Premier yang datang sekali dengan pakej Ramadhan Staycation which dah termasuk dengan Buffet Ramadhan dan Sahur. Untuk pakej ni korang boleh baca SINI. Iza pertama kali sampai sini walaupun Iza duduk Kuantan dan Iza membayangkan bilik dia biasa je tapi bila masuk tak sangka Deluxe Premier dia sangat luas sampai anak-anak boleh berlari dalam bilik.


Boleh dikatakan Deluxe Premier sahaja dah cukup selesa untuk kami berempat. Dalam bilik juga ada disediakan meja bekerja yang memang sangat sesuai untuk orang yang menginap sini atas urursan kerja. Tapi paling Iza suka dalam bilik ni ialah almari dia which bersambung dengan bilik air. Senang sangat bila nak tukar baju boleh buka terus almari dari dalam bilik untuk ambil pakaian yang kita nak pakai.



Bagi Iza bilik air pun agak luas dan ditambah pula ada bath tub, memang anak-anak seronok sangat la dapat mandi dalam bath tub. Iza percaya, kalau pergi hotel mesti korang akan fikir macam mana nak iron baju. Kebiasaannya hotel memang sediakan iron cuma perlu minta dekat kaunter. Tapi dekat sini, dah tersedia iron dekat dalam almari. So tak perlu susah-susah pergi minta dekat kaunter.




KEMUDAHAN HOTEL YANG LAIN


Dekat sini ada banyak juga kemudahan lain yang korang boleh guna antara penarik utama kebiasaan setiap hotel ialah kolam renang. Kawasan kolam renangnya juga agak luas. Bukan hanya untuk dewasa, tapi juga disediakan kawan kolam renang untuk kanak-kanak. Jadi mereka yang datang dengan anak-anak tu boleh mandi kolam bersama-sama. Kawasan kolam juga sangat cantik sebab berdekatan dengan kawan rumput hijau dan pokok-pokok.


Di hotel ni juga terdapat gymnasium yang boleh digunakan oleh penginap hotel. Kalau korang jenis yang menjaga badan dan memang tak pernah missed pergi gym, dekat hotel ni korang tak perlu risau terlepas pergi ke gym dah. Dalam gym ni lengkap dengan pelbagai alatan senaman yang sama macam korang pergi gym dekat luar.



Kalau korang ke sini secara berkumpulan, Iza pasti korang akan rasa lebih seronok bila boleh karaoke berkumpulan. Di hotel ni juga ada bilik yang dipanggil S2dio di mana, korang boleh adakan aktiviti karaoke beramai-ramai. Mesti aktiviti korang lebih happening.



Di sini juga terdapat Galeri Tun Abdul Razak di mana, korang boleh baca sejarah tentang Tun Abdul Razak ala-ala di muzium. Bagi Iza inisiatif ni sangat bagus menarik minat pengunjung luar untuk mengenali sejarah tentang Malaysia.


Bagi yang mencari tempat untuk adakan event di area Pekan, korang juga boleh booking ballroom di sini. Ballroon AnCasa Royale Pekan memang luas dan boleh memuatkan ramai orang dalam satu masa. Ballroom juga sangat selesa kalau nak buat event.


MAKANAN DI RESTORAN SAFFRON BRASSERIE


Setiap hotel besar seperti AnCasa Royale Pekan pasti akan ada restoran sendiri. Sepanjang Iza menginap di sini, makanan yang disediakan untuk sahur dan juga berbuka belum lagi mengecewakan. Makanannya semua sedap dan banyak pilihan. 


Iza juga berkesempatan bertemu dengan Chef Zamri iaitu Chef Pastry di sini. Chef Zamri menyediakan pelbagai jenis pemanis mulut setiap hari dan ada kalanya menyediakan lebih 20 jenis pemanis mulut untuk satu hari. Ada kek, puding, tart dan macam-macam lagi. Korang patut cuba kalau datang sini.



SUASANA BILIK VIP DAN KERABAT DIRAJA


Iza juga berpeluang untuk tengok bilik-bilik lain antarnya ialah bilik-bilik yang kebiasaanya diduduki oleh VIP atau Kerabat Diraja. Masuk-masuk je bilik hotel terus rasa teruja dengan kecantikan bilik-biliknya. Memang sangat eksklusif dan sangat luas. Rasa macam masuk dalam rumah lain pula. Dapat la juga Iza merasa suasana bilik yang mahal ni walaupun hanya untuk bergambar. Bagi Iza harganya juga berbaloi dengan keselesaan bilik hotel.

Junior Suite



Executive Suite




Premier Suite




SHORT STAYCATION YANG BERBALOI


Bagi Iza kalau rasa nak lari sekejap dari kesibukan kerja, memang sangat berbaloi untuk menginap di AnCasa Royale Pekan ni. Layanan yang diberikan juga terbaik. Selain menginap di sini boleh juga jalan-jalan area Pekan, tapi Iza tak berkempatan nak pusing-pusing Pekan hari tu. InsyaAllah kalau ada rezeki boleh menginap lagi di sini.

Kalau korang berminat nak datang ke Pekan boleh la cuba untuk menginap di sini. Untuk tempahan dan maklumat lanjut boleh rujuk di bawah:

Alamat
AnCasa Royale Pekan
2670, Jalan Pekan-Kuantan, Kampung Peramu
26600 Pekan, Pahang

Nombor Telefon
09-424 6600

Website

Thanks for reading. Till we meet again.

Assalamualaikum.

Ulasan

Catatan Popular