Peniaga Semakin Tertekan Dengan Cabaran Bisnes 2022

Peniaga tak boleh takut rugi. Peniaga juga tak boleh tidak untung. Jangan sesekali ingat berniaga itu mudah kerana perniagaan ini memerlukan banyak usaha. Sebuah kejayaan untuk berjaya dalam perniagaan perlu pengorbanan yang sangat tinggi dari segi masa, wang ringgit dan sebagainya. 

Untuk pengetahuan, tahun 2021 menyaksikan banyak kesusahan yang melibatkan banyak pihak. Susulan tahun 2021 itu telah memberi impak yang jauh lebih hebat di tahun 2022. 


Buktinya, walau baru menginjak kaki ke 2022 sudah ramai yang mengeluh tentang kenaikan harga barangan yang semakin tinggi dan meninggi. 



Ini tidak dinafikan kerana di sana sini sudah heboh orang memperkatakan tentang isu kenaikan harga barangan ini. Keadaan sekarang tidak seperti dulu, perniagaan sekarang sangat penting untuk bertindak dengan laju dan pantas. Jangan berlengah-lengah jika tidak mahu perniagaan itu semakin lemah hingga tahap terpaksa tutup kedai. 


Habis dari mana nak dapatkan pelanggan? Itulah gunanya mencari mentor. Ini sedikit perkongsian tentang isu berbangkit dari pendapat Datuk Wira Dr Azizan Osman. 



Bacalah Perkongsian Mentor Ini Untuk Pengetahuan Bersama 


Banyak perkara saya kaji dalam tempoh 2 minggu lalu antaranya sentimen pasaran, kadar inflasi dengan kenaikan harga barang yang telah jangka malah sebut pada Ogos tahun lalu lagi.


Kenaikan sesetengah barang dilihat sekitar 30% hingga lebih 100% ketika ini.


Sebab itu, kritikalnya untuk anda semua ada kesedaran ini, terutama mereka yang sedang jalankan bisnes kerana bukan mudah pada tahun ini.


Semalam, saya berpeluang bersama dengan kumpulan pemilik syarikat dan peniaga Cina bahawa memang banyak syarikat sedang tutup atau dah lingkup.


Walaupun peniaga ini ada kilang di China, mereka sudah tak nampak apa perlu dibuat, selain tak pandai soal pemasaran.



Saya juga sedar bahawa sebenarnya untuk mula semula bisnes dari kosong agak susah bila ditanya seorang usahawan dalam pembinaan, apa bisnes yang bagus ketika ini?


Pertama kali, saya tidak tahu memberikan jawapan apa.


Tapi saya sedar bahawa bagi mereka yang ada bisnes ketika ini dan kekal lakukan seperti biasa, maka dia akan 'mati'!


Hal ini kerana pasaran bergerak perlahan dan orang ramai tidak berbelanja agresif seperti sebelum ini.


Kalau kekal dengan usaha normal, anda akan mati dan jika kekal kecil anda akan pupus.


Maka sebagai Titanium di bawah bimbingan saya, tak bersyukur jika anda tak buat betul-betul untuk berkembang.


Sedangkan ada sebahagian Titan yang sangat agresif, berjuang betul-betul untuk berkembang dan kekalkan momentum.


Saya ulang, pasaran kini perlahan dan orang lebih berjaga-jaga untuk membeli.


Kalau anda lagi slow dari pasaran maka tunggu saja untuk 'mati'.



Hargai apa yang anda ada sekarang, buat dengan lebih baik dan agresif lagi.


Bayangkan jika anda sendiri terpaksa mulakan bisnes baru dari kosong, apa yang boleh dibuat?


Bagi yang dah ada bisnes, anda sudah tahu pasaran, cuma 'malas' nak engage lagi.


Bila pasaran perlahan maka anda perlu lebih pantas, guna semua platform yang ada. Jika takut-takut, anda akan ketinggalan.


Bersama dengan saya Ahad ini, khas buat bangsa usahawan terutama pemilik bisnes yang masih tak nampak jalan ketika ini.


Jadilah Peniaga Yang Bijak Dengan Tahu Keadaan Dunia Bisnes Semasa 


Peniaga kena faham, masyarakat masing-masing telah berdepan dengan pandemik dan keadaan ini secara tidak langsung memberi impak kepada banyak orang daripada banyak golongan. 


Secara tidak langsung peniaga bukan saja perlu berdepan dengan harga barangan dari pembekal yang sudah berubah menjadi lebih tinggi bahkan perlu berdepan juga dengan permintaan pembelian yang sudah merosot. 


Pastinya keadaan ini akan membuatkan para perniaga merasa cemas kerana kadar permintaan atas pembelian telah menurun dengan sangat mendadak. Sedangkan harga barangan pula semakin meningkat naik. 


Jika dulu orang suka membeli tapi kini orang lebih suka menyimpan wang. Kalau dulu ramai orang suka shopping sampai tak ingat dunia tapi kini orang lebih suka berjimat cermat. 



Mahu Tahu Lanjut Tentang Isu Bisnes? Ikuti Telegram Rasmi Datuk Wira


Mentor Usahawan, Datuk Wira Dr Azizan Osman akan berkongsikan perspektif tentang 10 cabaran bisnes, selepas pandemik dan 2022 ini dalam Live Session di saluran Telegram Azizan Osman Official, pada Ahad ini, pukul 8 pagi.


Klik dan sertai saluran Telegram Azizan Osman Official sekarang.

Ulasan

Catatan Popular