Majlis Perkahwinan Ala Garden Wedding Di Rimba Puteh Kuantan

Assalamualaikum.

Hello readers! Hari ni Iza nak share dengan korang terutamanya untuk bakal pengantin yang tengah plan atau tengah tercari-cari tempat nak buat majlis dekat area Kuantan ni. Sabtu lepas Iza berkesempatan pergi Open Day Rimba Puteh x Istana Puteh di Taman Seri Inderapura, Kuantan and dapat la tengok dekorasi majlis perkahwinan berkonsepkan Garden Wedding yang sangat cantik.


Rimbah Puteh sebenarnya adalah jenama baru di bawah Istana Puteh Kuala Lumpur yang menyediakan ruang atau rumah persendirian untuk mengadakan majlis perkahwinan. Kalau sebelum ni dah ada Rumah Puteh di Melaka, Ombak Puteh di Kuala Lumpur dan kini dah ada Rimba Puteh di Kuantan pula. Di Rimba Puteh ni Iza percaya, bakal pengantin pasti rasa sangat selesa dengan keluasan 14,000 kaki persegi  yang mampu menampung lebih 500 pax tapi masih boleh nikmati majlis perkahwinan dengan suasana yang lebih privasi.


Memetik dari kata-kata Ketua Penasihat Rimba Puteh, Muhamad Faizal Jaafar “Saya percaya permintaan terhadap dewan akan semangkin meningkat selepas covid 19 semakin pulih, jadi saya mewujudkan Rimba Puteh bagi memenuhi permintaan yang tinggi di daerah Kuantan ini. Selain daripada itu, orang ramai sudah mula ingin merasakan kelainan kerana rumah kediaman sedia ada sekarang agak sempit, jadi dengan adanya Rimba Puteh ini amat sesuai bagi menyelesaikan masalah ini. Selain ingin merasakan suasana berbeza dari dalam sebuah dewan tertutup dan mall berbanding dengan ruang privasi bertanah,”.



Suasana kalau waktu malam.

Iza yang datang tengok sendiri pada hari open day pun rasa teruja tengok kecantikan dekorasi yang dibuat. Bak kata orang “dream wedding” lah especially kalau adakan majlis pada waktu malam. Dengan penggunaan bunga hidup sebagai hiasan lagi memang bersesuaian dengan konsep taman. 


Lagipun memang sekarang dah menjadi trend perkahwinan berkonsepkan Garden Wedding ni. Lagi menariknya di Rimba Puteh ni, selain ruang acara ada juga banglo yang disediakan untuk kemudahan akad nikah. Banglo yang disediakan mempunyai 4 bilik tidur berhawa dingin, 3 bilik air serta kemudahan dapur untuk memasak. Kalau nak akad nikah ala English, terdapat juga Gazebo yang boleh dihias untuk jadikan tempat akad nikah. 




So ni antara pakej yang disediakan di Rimba Puteh. So bakal pengantin dah boleh la plan nak buat majlis dekat sini nanti.


Nah Iza kongsi video sneak peek dekorasi Rimba Puteh:


Untuk maklumat lanjut boleh rujuk maklumat dan link dekat bawah ni:

Alamat
No. 31, Lorong Seri Inderapura 50, Taman Seri Inderapura, 25150 Kuantan, Pahang.

No. Telefon
Hadzlin (019 919 4546) | Adira (016 255 1056) | Muhamad Faizal Jaafar (019 645 6284)

Instagram

Facebook

Thanks for reading. Till we meet again.

Assalamualaikum.

Ulasan

  1. bila sebut majlis perkahwinan memang dah lama la xpergi since covid kan...waa serius cantik dan menarik rekaan rimba putih ni..bg yang nk majlis simple, teratur dlm masa sama cantik i think they should try this..

    BalasPadam
  2. Wah sekarang dan boleh buat majlis perkahwinan makin rancak lah promosi pakej perkahwinan mcm ni... Nampak cantik and luas kawasan tu cuma kalau hujan tak best sikit lah tapi konsep garden kegilaan ramai hehehe...

    BalasPadam
  3. fuyoooo cantik betul tempat ni.. suka tgk ..mmg puas hati buat.majlis dekat sini

    BalasPadam
  4. Luas tempatnya ye. Waktu malam memang lawa la macam starry night bumbung dia.

    BalasPadam
  5. best yer tempat ni untuk wedding. deco cantik sangat, sejuk jer mata memandang. semoga mempelai yang langsungkan perkahwinan kat sini enjoy bergambar puas2.

    BalasPadam
  6. serius cantiklah tempat nie ! nampak mewah bila pilih tema ala-ala english garden. suka betul kombinasi warna flora dan juga putih. nampak sejuk je mata memandang

    BalasPadam

Catat Ulasan

Catatan Popular