Nak Mula Berniaga Tapi Tak Tahu Macam Mana? Jom Join Program Ni

Assalamualaikum!

Hello readers! Lama dah rasanya Iza dah menaip dekat blog Iza. Kali ni Iza nak kongsikan program menarik khas untuk semua yang nak berniaga tapi tak tau nak mula macam mana. Dan yang paling penting prgoram ni adalah PERCUMA. Siapa yang anjurkan program ni? Haa! Siapa lagi kalau bukan RichWorks International Sdn Bhd dengan bimbingan Master Coach Datuk Wira Dr. Azizan Osman.

Berniaga ni, sesiapa pun boleh berniaga. Kadang-kadang tu kita berniaga sebab seronok tengok orang lain berniaga. Dalam situasi pendamik sekarang ni pula lagi ramai orang mula berniaga atas sebab dibuang kerja dan sebagainya. Tapi betul ke cara kita berniaga tu? Berapa banyak untung kita dapat hasil dari perniagaan kita tu? Kalau betul caranya memang boleh berjaya. 

PELANCARAN PROGRAM VIRTUAL ONLINE BINA BISNES BERJAYA - EDISI KHAS NAK MULA BERNIAGA


Tak apa, jangan risau sebab RichWorks telah pun lancarkan Program Virtual Online Bina Bisnes Berjaya - Edisi Khas Nak Mula Berniaga pada 4 April lepas. Pelancaran program ni berlangsung menerusi Facebook Page, Youtube dan Instagram Datuk Wira Dr. Azizan Osman sendiri dengan pelbagai aktiviti dan perkongsian usahawan yang berlangsung selama 8 jam secara terus menerus.


Pelancaran program ni juga bersempena dengan Inner Circle Meeting (ICM) yang dihadiri lebih kurang 300 ahli Titanium di bawah program permentoran RichWorks bersama Mentor Datuk Wira Dr. Azizan Osman dan diadakan dengan kebenaran pihak Majlis Keselamatan Negara (MKN) dengan pematuhan prosedur operasi standard (SOP).

RICHWORKS PENGANJUR SEMINAR TERBESAR KEUSAHAWANAN DAN PEMASARAN


Kita sendiri tahu di mana RichWorks adalah syarikat penganjur acara dan seminar terbesar dalam keusahawanan dan permasaran di negara yang diasaskan oleh Datuk Wira Dr. Azizan Osman sejak 2008. Lebih 1.1 juta orang dari pelbagai industri dalam dan luar negara telah dilatih dan dibimbing tahun lepas. Manakala 777 usahawan PKS yang dibimbing menerusi program mentoring Spire dan Titanium pun telah pun berjaya menaja jualan melebihi RM2 bilion. 


Jadi RichWorks memang nak melatih dan membimbing lebih ramai orang untuk dapatkan bines yang berjaya walau di mana pun tahap. Sama ada baru nak bermula ataupun yang dah berkembang dan mahu meluaskan lagi bisnes. Dengan pengalaman dan ilmu yang ada, terbukti telah melahirkan ramai usahawan berjaya sejak ditubuhkan hampir 13 tahun lalu.


Memetik dari kata-kata Radz Mohd, Timbalan Naib Presiden Kanan RichWorks International Sdn Bhd berkata, “Semua orang sebenarnya boleh berjaya dalam bisnes jika adanya formula MESTI. MESTI ini bermaksud mentor, ‘elmu’, sistem, tindakan dan impian”.

“MESTI ini jika diikuti sepenuhnya boleh elakkan usahawan itu daripada melakukan kesilapan- kesilapan yang boleh melambatkan kejayaan malah lebih teruk menyebabkan bisnes mereka melingkup,” jelasnya.

DAFTAR PROGRAM SEKARANG


Dengan adanya Program Virtual Online Bina Bisnes Berjaya - Edisi Khas Nak Mula Berniaga ni dapatlah membantu usahawan dekat luar sana yang baru nak mula berniaga. Program ni akan berlansung dari 23 hingga 24 April dan ditaja sepenuhnya oleh RichWorks tau. Maksudnya PERCUMA.



Untuk pendaftaran boleh dibuat menerusi laman web di bawah:

www.BinaBisnesBerjaya.com


Iza harap semua usahawan yang baru dekat luar sana tak lepaskan peluang yang jarang-jarang ada ni. Bukan senang kita nak dapat ilmu, bila ada yang memberi kita kena cepat-cepatkan dapatkan. Jadi cepat-cepat daftar untuk dapatkan tiket program virtual online ni ok?

TENTANG RICHWORKS INTERNATIONAL


Untuk pengetahuan, RichWorks International Sdn Bhd ni adalah penganjur acara dan seminar terbesar dekat Malaysia dalam bidang pembangunan keusahawanan dan pemasaran.


Sejak 2008 lagi RichWorks telah melatih lebih dari 10,000 syarikat menerusi Coach Datuk Wira Dr. Azizan Osman dan lebih dari 1,100,000 peserta telah menyertai melalui 1,500 acara dan seminar live dan dalam talian (virtual online). Berdasarkan rekod prestasi telah membuktikan strategi perniagaan dan program mentoring dari RichWorks berjaya membantu membina beribu-ribu usahawan dan jutawan yang berjaya dalam tempoh 6 - 24 bulan.

Visi RichWorks adalah menjadi ‘Netflix’ Pendidikan Usahawan dengan 100 juta pelanggan menjelang 2025 dengan akses mudah ke kandungan berorientasikan results dan penyelesaian yang dipercayai melalui platform dalam talian.

TENTANG DATUK WIRA DR. AZIZAN OSMAN


Kalau siapa yang tak kenal Datuk Wira Dr. Azizan Osman ni, beliau adalah seorang World Class Bussiness Educator dan Asia’s No. 1 Bussiness, Marketing & Leadership Coach yang terkenal dengan bimbingannya yang unik, di mana anak muridnya mendapat peningkatan luar biasa dalam perniagaan dan beribu-ribu  peniaga dan ushawan telah berjaya dengan menggunakan strategi dan metodologi beliau.




Untuk maklumat lanjut berkenaan dengan program virtual boleh hubungi RichWorks seperti di bawah:

Alamat
RichWorks International Sdn Bhd
No. 77, Jalan Badminton 11/29,
Seksyen 13, 40100 Shah Alam,
Selangor, Malaysia.

Website

No. Telefon
016 3234 6866 (Media Penghubung - Md Azrin Rosly)
012 696 2065 (Media Penghubung - Karini)

E-mel
karini@richworks.com.my / omkarini.rich@gmail.com
azrin.richworks@gmail.com

Ulasan

  1. Program Richworks memang best! Boleh ajak ramai lagi untuk join!

    BalasPadam

Catat Ulasan

Catatan Popular