Review Skin Repair Ampoule Dari Monae Beauty Yang Best
Assalamualaikum!
Hello redears. Haa. Siapa dekat sini suka pakai ampoule dalam skincare dia? Owh sebelum tu Iza nak bagitau yang serum dengan ampoule tu dua benda yang berbeza tau. Jangan ingat ampoule tu adalah serum walaupun fungsinya hampir sama. Kalau orang Korea punya skincare routine, dua-dua serum and ampoule dorang pakai.
Apa beza serum dengan ampoule ni? Ok, basically serum ni kita guna untuk certain issue dekat skin macam dark spot ke, brigthening ke dan sebagainya. Untuk ampoule pulak lebih kepada untuk booster plus ampoule ni lagi rich ingredient dia and biasanya recommended to use as needed je kalau korang pakai dengan serum. So kalau korang ada both serum and ampoule makesure tau cara pakai serum dan ampoule dengan betul ok?
ORGANIC SKIN REPAIR AMPOULE
Kalau korang pernah dengar dengan Monae Beauty, korang mesti tau yang Monae Beauty banyak keluarkan produk kosmetik. Tapi jangan tak tau pulak dorang ni ada ampoule yang menarik untuk korang tambah dalam skincare routine korang.
Apa yang menariknya Skin Repair Ampoule ni, dorang gunakan Skin Barrier Care Technology di mana untuk membantu perbaiki skin barrier korang yang dah rosak. Punca skin barrier kita ni rosak antaranya dari sinaran UV (tak pakai sunscreen la tu), terlebih exfoliate, aging and banyak lagi la. Bila skin barrier kita rosak, mula la kulit kering, kulit sensitif, naik jerawat dan sebagainya. Jadi penting la baiki skin barrier ni.
BAHAN-BAHAN UTAMA
Antara bahan-bahan utama yang korang perlu tau ada dalam Skin Repair Ampoule ni ialah:
Sodium Hyaluronate - boleh gantikan kandungan HA pada kulit yang hilang, meningkatkan kadar penyerapan pada kulit dengan skincare lain, mengembalikan kelembapan kulit dan kalau pakai lebih sebulan akan nampak kesan muka yang lebih smooth and kurang masalah kedutan muka.
Barbedensis Leaf Extract - bagus untuk melembap, menghidrat dan melegakan kulit. Selain tu mengandungi Vitamin E juga untuk anti-aging.
Aloin In Aloe - boleh membantu menghalang 30% sinaran UV
TEKSTUR & BAU
Kebiasaanya ampoule ni akan lebih pekat dari serum and yes Skin Repair Ampoule dari Monae Beauty ni pun pekat tapi takdela terlalu pekat. Apa yang lebih bestnya ampoule ni, walaupun dia pekat tapi kadar penyerapannya agak cepat jugak. Serum ni tak ada fragrance so tak ada la bau-bau yang fancy.
PACKAGING
Untuk packaging Skin Repair Ampoule ni dari kotak sampai ke botol memang sangat eksklusif. In fact Iza rasa semua produk dari Monae Beauty ada packing yang super lawa. Kalau korang tengok box dia pun dah cantik. Ampoule macam biasa dalam botol kaca and tak terlalu besar or kecik sangat. Just nice. Label pada botol ampoule tu pun cantik!
OVERALL REVIEW
Ampoule ni Iza boleh kategorikan sebagai ampoule yang best jugak. First sebab function dia untuk repair skin barrier. Biasanya skin Iza bila ada jerawat dia akan jadi a bit kering and kadang-kadang mengelupas sikit, tapi since Iza guna ampoule ni part jerawat tu tak kering macam biasa. Very good hydration. Lepas tu skin Iza tak meragam sangat which bila tukar-tukar skincare, skin Iza tak keluar jerawat yang kecik-kacik tu. Second Ampoule ni pekat tapi dia absorb cepat and tak rasa melekit or berminyak langsung bila pakai. Kebiasaannya tekstur yang pekat akan tinggalkan rasa melekit tapi ampoule ni tak. Last but not least Iza suka ingredient dia yang tak terlalu banyak. Recommended to try.
MANA NAK BELI?
This ampoule sesuai untuk semua jenis kulit. Tapi apa-apa pun make sure korang buat patch test dulu especially kalau jenis kulit sensitif. Untuk pembelian atau maklumat lanjut boleh tekan link dekat bawah:
Website
Instagram
Facebook
Thanks for reading. Till we meet again.
Assalamualaikum.
* * *
(Disclaimer: Product was given to me by Monae Beauty to try out. All review are honest and product I’m using might goes well with my skin but not with yours.)
okay baru tahu pasal produk ni! baguslah sebab ada banyak kelebihan dia untuk kulit. btw lelaki boleh ke pakai? hahaaa kadang lelaki ada je pakai senyap senyap sebab kulit pun problem
BalasPadamsuka baca honest review iza tentang produk ni, memang wanita dan kecantikan tak dapat dipisahkan, betul tu yang penting kena buat patch test dulu untuk tengok reaksi produk tu terhadap kulit kita, kalau serasi bolehla beli guna
BalasPadamCantik betul packaging dia kan. Rawlins sebelum nie pakai serum je selalunya. Maybe kena try pakai ampoule gak. Tapi kena buat patch test dulu sebab Rawlins sejenis berkulit sensitif
BalasPadamekslusif luaran produk ni, iza. nice :)
BalasPadamelok la tu kan. kesan yg bagus lepas pakai.
skincare ni bukan kita boleh belasah je.
once dpt yg bagus mcm ni, elok la teruskan.
benda cantik kena istiqomah. bukan nampak hasil sekejap sekejap :)
Nampak esklusif packaging mcm tu. Ramai yg kata ampoule lagi bagus sbb lebih likat
BalasPadamFuuhh memikat sungguh packaging. Terus rasa nak try .. ampoule ni memang bagus untuk kulit cuma kena konsisten pakai kalau nak dapat kesan yang baik
BalasPadamWow packaging dia nice betul , nampak esklusif sangat. Saya pun suka pakai ampoule atau serum jer sebab rasa kulit lebih senang nak jaga dan kalau rajin pakai memang kulit nampak lebih cantik.
BalasPadamHa'ah la.. i think we are kinda new to ampoule ni kan.. i pun baru first time guna ampoule end of last year.. dulu ingat sama dengan serum ni.. thanks for confirming what I understand between both.. (Y)
BalasPadamCantik pakaging dia, Sissuka jenis pakaging putih gini.. nanti nak try juga sebab rasanya lebih umur lebih bagus pakai skin repair ampoule ni kan..
BalasPadamKita pakai ampoule waktu siang khas ada nianicimide utk brightening dark spot.
BalasPadamThis looks like such a beneficial and good skincare range. your photos are amazing too. Can’t wait to buy one for myself!
BalasPadamTeruja nak cuba! Maklumlah usia dah patplohtiga rasa perlu sangat extra care, nak cuba ampoules ni. Packaging dia kurlassss exclusive!
BalasPadam