NYX Haul Sebelum Dorang Tutup

Assalamualaikum!

Hello readers. Hari ni Iza nak share dengan korang apa yang Iza beli masa NYX nak tutup hari tu. Korang mesti tau kan pasal berita ni? NYX memang nak tutup habis dah kat Malaysia. Bukan setakat physical store je tapi online pun dia tutup tau dekat Malaysia. So lepas ni memang kena beli direct dari luar negara. So masa dorang nak tutup tu memang dorang buat sales nak habiskan stok untuk both physical store dengan online. So Iza sempat la grab beberapa item yang Iza nak try, tapi Iza tak beli online sebab Iza guna khidmat personal shopper yang pergi physical store dekat outlet Sunway Pyramid. Iza rasa harga diskaun dekat kedai lagi murah masa tu. Dah la tak pernah try product NYX tapi Iza beli je based on apa yang nampak best and best seller. Hahah


NYX ULTIMATE SHADOW PALETTE



Iza masa personal shopper open order NYX tu Iza memang dah target nak beli eyeshadow sebab rasanya macam dah lama giler tak beli eyeshadow. Last Iza beli dekat Althea punya web je. Rupanya banyak jugak pilihan eyeshadow NYX tapi yang ni jadi pilihan hati sebab most of the colors memang Iza tak ada lagi. Lepas tu warna dia tak ada la rare sangat. Iza pun tak berani nak beli warna-warna rare sebab takut tak pakai. So cukup la ada sikit-sikit color rare dekat Born To Run Palette by Urban Decay.


Overall once Iza swatch Ultimate Shadow Palette ni, Iza rasa sangat worth it beli. Color dia boleh tahan pigmented jugak. Glitter eyeshadow dia pun best bila Iza swatch. Semua color yang ada dalam palette ni pun cantik-cantik and Iza boleh mix and match yang tak berapa nak susah sangat la. Color paling excited Iza nak try, color kuning dia. Heheh.


NYX LINGERIE PUSH-UP

Bila NYX buat sales je mesti ramai recommend beli lipstick ni. Even instafamous Ainaa dengan Afifah pun recommend beli NYX Lingerie Push-Up ni. So memang Iza pun turut sama terjebak beli la. Best sangat ke kan? Sejujurnya Iza memang tak pernah try satu pun tau produk NYX tau. So memang Iza gamble je ni beli.


Dalam banyak-banyak kali Bed Time Flirt ni jadi pilihan Iza. Iza memang lately suka warna-warna nude ni. Ingat nak beli dua color tapi sebab teringat nak beli eyeliner, so Iza beli satu je la. Actually NYX Lingerie ada dua jenis. Yang Iza beli ni yang jenis stick punya. Ada satu lagi jenis liquid. Sejak pregnant ni memang liquid lipstick tak berapa menjadi pilihan Iza. So I go for stick lipstick.


Iza dah try dah lipstick ni and dia macam ada rasa minty sikit. Application pun tak susah sebab dia jenis halus. So far Iza pakai lipstick ni boleh buat bibir Iza a bit kering. So Iza memang kena pakai lip balm dulu sebelum pakai lipstick ni. Nak kata long lasting tak sangat la. Iza pun tak expect too much sebab dia bukan liquid lipstick. So Iza ok je. Anyway, kalau korang jenis suka nak lipstick tajam bila apply lipstick ni korang boleh asah sebab dia sediakan pengasah sekali. Tapi macam membazir je kalau asah. Hahha. Bagi Iza la. Iza maybe tak akan asah la kot.


NYX EPIC INK LINER


Eyeliner memang Iza wajid kena ada. Iza tak boleh la kalau pergi mana-mana tak pakai eyliner unless Iza memang tak makeup langsung. Sebab mata Iza tak berapa nak besar. Bila pakai eyeliner tu Iza rasa mata Iza nampak macam besar sikit. 


Dalam banyak-banyak eyeliner NYX, Epic Ink Liner ni menjadi pilihan sebab kriteria dia lebih kurang sama macam eyeliner yang Iza pakai sekarang. Brush tip dia halus tapi tak halus sangat and tak terlalu lembut. Sangat senang nak apply. Best! Iza approve eyeliner ni. For beginner pun boleh pakai sebab tak susah nak lukis especially nak buat wing. Eyeliner jenis macam ni memang tak akan smudge punya sebab dia liquid. Sebab tu Iza lagi prefer eyeliner macam ni instead of yang pensil tu. 


MY MAKEUP LOOK

So tu jela tiga benda yang Iza beli masa sales haritu. Tak banyak pun. Tak boleh nak beli banyak-banyak, ngamuk husband kita nanti. Hahahah. Ni pun Iza dah beli makeup lain jugak dekat Sephora. Yang tu nanti Iza share. Anyway, here some of the look yang Iza create using NYX Ultimate Shadow Palette. 

Eyeshadow, eyeliner and lipstick guna NYX

Eyeshadow and eyeliner guna NYX

For now Iza tak sure still boleh shopping NYX dekat Malaysia lagi ke tak. If not mistaken dorang last 30 Jun hari tu. But still korang boleh beli direct oversea. No worries ok?

Thanks for reading. Till we meet again.

Assalamualaikum.

* * *

(Disclaimer: This post was not sponsored by any party.)

Ulasan

  1. Uwaaa. Tutup dah makeup company yang Rawlins suka sebab warna dia berani2. Haritu pergi tapi warna2 yg Rawlins suka dh takde

    BalasPadam
  2. Alaaa dah tutup dah. Menarik gak kan produk2 ni. Semua nampak best jer ..

    BalasPadam
  3. Saya dah lama x follow pasal beauty industry. X tahu pula NYX dah nak rule out of Malaysia. So sayang. Their products are quite good. Btw, you did a good choice buying NYX products. Bye bye NYX. Gonna miss ya.

    BalasPadam
  4. tak pernah pakai lagi brand ni. tapi selalu usha kat instagram. cantikk warna dia, natural je

    BalasPadam
  5. eh NYX dah tutup? sayangnya..tak silap ramai jugak kawan2 perempuan pakai make up brand NYX ni. sempat eh shopping sakan

    BalasPadam
  6. Lah yeke. NYX ni famous juga dulu. Harga tak mahal mana pun kan. Leceh lah kalau nak beli shipping overseas pulak lepasni.

    BalasPadam
  7. Alaaa NYX dah takda dh dekat malaysia. baru tau huu sedih tak dpt beli masa sale

    BalasPadam
  8. Seriously nak tutup? Eh produk nyx semua best best nak nak foundationnya. Aduh tak bestnya dah tutup. Lambat tau pasal ni. Kalau tak boleh shopping jugak

    BalasPadam
  9. Baru tau nyx dh nak tutup.. Lepas ni beli kat luar negara la ye.. Warnanya cantik.. Eyeliner pun tajam.. Iza pkai lawa

    BalasPadam
  10. nyx ni memang best..tapi sedihla dah tutup...suka dengan kaler dia yang vibrant

    BalasPadam
  11. Sayangnya nyx dah tutup. Suka sangat dengan product diaorang harga affordable

    BalasPadam
  12. Dah tutup? Dulu mmg femous NYX ni, and pernah pakai make up, mhl pun mhl

    BalasPadam
  13. Ooo sama anak Sis, dia pun soping gak NYC hrtu, Sis kirim eyeliner tu haaa sama macam Iza .. murah gilerrr

    BalasPadam
  14. Berkenan plak tgk Eyeshadow pallet tu. Warna memang nampak pigmented. Tak rugi iza beli kan. Ehh ena pon suka follow instafemes ainaa hehe. Geram tgk die tutorial makeup.

    BalasPadam
  15. cantik semua warna-warna dia.banyak pilihan pulak tu. oh dah tutup ya kat Malaysia.

    BalasPadam

Catat Ulasan

Catatan Popular