Tips Terbaik Yang Sering Dilupai Ketika Pindah Rumah

Assalamualaikum! 

Hello readers. Hari ni Iza nak share dengan korang beberapa tips terbaik untuk pemindahan rumah yang sering dilupai oleh kebanyakan orang ketika berpindah di Kuala Lumpur dan Selangor atau ke negeri lain di Malaysia. 


CARA MENGEMAS KOTAK UNTUK MALAM PERTAMA 

Kalau kita perasan, kebanyakan orang tak akan buka semua kotak selepas satu hari, dan selalunya tak akan ingat pun kotak tertentu yang mengandungi berus gigi atau baju tidur! Pastikan korang bersedia untuk malam pertama dekat tempat baru tu dengan barangan keperluan korang dalam satu kotak.
 

So, kotak untuk malam pertama tu mesti diletakkan sebagai kotak terakhir ke dalam kenderaan masa nak berpindah. Korang mesti mesti akan bersihkan rumah dulu sebelum mula membuka kotak, jadi pastikan korang bungkus barangan yang asas termasuk pakaian, produk pembersihan, sarung tangan getah dan beg sampah supaya korang dapat bersihkan rumah dengan cepat!

JANGAN LUPA UNTUK MELABEL KOTAK 

Iza rasa ni antara salah satu tips pindah rumah yang paling terbaik sekali, sebab Iza pun pernah melalui proses ni. Bila semua kotak dikemas dan dah sampai dengan selamatnya dekat rumah baru korang, tapi mesti nanti akan tercari-cari... mana satu kotak yang ada barang dapur? Yang mana satu pulak kotak yang ada barangan tempat tidur? Jadi, kita perlu sentiasa tulis label pada kotak dan kenalah diletakkan di luar kotak, atau lebih baik menggunakan kod warna! Iza cadangkan korang kemas kotak untuk bilik yang sama dan letak bersama-sama dekat dalam lori agar pemindahan korang nanti akan lebih lancar dan ni pun boleh menjimatkan banyak masa untuk korang atau pekerja pemindahan rumah.


JANGAN LUPA UNTUK MAKAN DAN MINUM

Ya, ni pun termasuk sebagai salah satu tips pindah rumah jugak sebab banyak orang yang berpindah secara tergesa-gesa dan nak selesaikan segala-galanya sampai dorang terlupa nak minum air dan juga memastikan dorang makan. Tanpa makanan dan air, badan kita akan jadi kurang cekap, jadi apa kata berehat sekejap dalam 15 minit untuk isi perut yang kosong tu? Ni memang perkara besar yang orang selalu lupa nak buat, jadi Iza rasa ni mungkin merupakan salah satu tips pemindahan rumah yang paling penting, sebab apa yang lebih penting daripada kesihatan kita sendiri kan? 


MAKLUMKAN PADA ORANG TENTANG KORANG PINDAH 

Ni pun salah satu tips pemindahan rumah yang orang selalu lupakan. Jangan buat kesilapan ni dan pastikan korang mempersiapkan diri sebelum hari pindah rumah. 

MENYEDIAKAN PAKAIAN YANG CUKUP SEBELUM HARI PINDAH RUMAH 

Jangan pulak korang mengemas seluruh almari pakaian korang tu lepas tu campurkan dengan sekotak pakaian yang kusut selama seminggu! Pastikan korang ada meninggalkan sejumlah pakaian yang sesuai dekat almari pakaian korang sampailah hari pindah rumah. Ni pun perkara yang sangat biasa kita buat terutamanya bila kita dah mula buat pembungkusan pakaian. 

MEMBELI DAN SEDIAKAN KOTAK YANG MENCUKUPI 

Salah satu kesalahan yang sering kita buat ialah kita tak membeli kotak yang cukup, dan akhirnya kita terpaksa memesan kotak yang banyak! Kalau boleh minta syarikat pemindahan yang korang upah tu untuk mencadangkan anggaran jumlah kotak berdasarkan jumlah bilik dekat rumah atau dapatkan bantuan dorang untuk menyediakan kotak dan dapatkan khidmat packing barang rumah. 


KHIDMAT MOVER2U 

Kalau korang nak mendapatkan syarikat lori pindah rumah yang berpengalaman dekat area Kuala Lumpur atau Selangor, korang boleh cuba Mover2U sebagai salah satu pilihan utama korang. 

Mover2U dah lama sebenarnya ditubuhkan dan menyediakan perkhidmatan sewa lori dan pemindahan yang profesional dan terbaik dekat area Lembah Klang. Jadi tunggu apa lagi? Korang boleh hubungi pasukan dorang ni melalui telefon sekarang juga untuk mendapatkan sebut harga percuma hari ini! 

Thanks for reading. Till we meet again. 

Assalamualaikum.

Ulasan

  1. Arghhh tang nak pindah rumah laaa yang letihnyaa lahaii... banyak benda nak kemas dan susun, tapi kalau ada yang membantu macam ni, senang lerrr

    BalasPadam
  2. Berguna sangat tip yang Iza kongsikan. Berguna untuk mereka yang berhasrat nak pindah rumah.

    Boleh cuba khidmat sewa lori dari Mover2u ni

    BalasPadam
  3. Berguna juga tips yang diberikan nie. Rawlins sejenis yang pelupa - especially berkenaan kotak yang banyak dan tak tau yang mana satu menyimpan berus gigi etc hahaha

    BalasPadam
  4. Bagusnya bg tips pindah rumah... Mmg sgt efektif tau sbb ada sstgh org tak buat cara tersusun cmni... Antaranya wawa sendiri hahahaa.... Thnks for the sharing ya

    BalasPadam
  5. Wahhhh baguslah tips ni. Thank you sharing. Akan dtg mmg akan berpindah. Tips ni sangat membantu.

    BalasPadam
  6. terima kasih atas tips yang dikongsikan. banyak membantu terutama bagi mereka yg sedang berkemas nak pindah rumah

    BalasPadam
  7. This is a good tips... I also always pack up and label nicely... Senang nak Cari Dan atur kemudian

    BalasPadam

Catat Ulasan

Catatan Popular