Resepi Terung Goreng Tepung
Assalamualaikum!
Hello reader. Semua duduk kat rumah ke tu? Ke ada yang pergi berjalan-jalan lagi time Perintah Kawalan Pergerakan sekarang ni? Kalau yang duduk rumah tu bagus la. Sama-sama la kita muhasabah diri. Kita bukan mampu nak tolong frontliner yang tengah sibuk nak selamatkan keadaan. Dengan duduk rumah je la kita dapat bantu. Kalau yang masih degil tu Iza harap sangat korang stop la keluar berjalan tu. Virus COVID-19 ni bukan kita nampak tau. Tau-tau je dah kena. Ntah dari mana pun kita tak tau sebab kita tak nampak. Harap sangat korang bantu la dengan duduk rumah je. Banyak je benda boleh buat kat rumah tu.
Kan dah panjang Iza membebel. Citer dia nak share je apa yang Iza buat hari ni. Ni hari ketiga la Perintah Kawalan Pergerakan dijalankan. Tapi Iza baru nak share apa Iza buat. Kalau ikutkan semalam Iza buat aiskrim Malaysia, aiskrim bandung and milo. Haa. Kan ada aktiviti tu?
TERUNG GORENG TEPUNG
So harini Iza nak share dengan korang cara paling simple nak buat kudap-kudap minum petang korang which is Terung Goreng Tepung sedap bak hang.
BAHAN-BAHAN
Bahan-bahan nak masak pun tak ada la banyak mana. Ni antara bahan yang korang perlukan:
Terung
Tepung Bestari
Air
CARA-CARA MASAK
Mula-mula Iza akan potong terung dulu. Biasanya Iza akan potong panjang-panjang ala-ala fritter gitu. Terung ni ikut korang la nak guna banyak mana. Iza guna satu je sebab dua orang je yang nak makannya. Anak Iza terung dia tak berapa sangat.
Lepas tu Iza akan bancuh tepung buat macam batter sebab nak basahkan terung nanti terlalu berair pulak. So kita buat batter dulu dengan tepung bestari tu. Korang agak-agak la banyak mana ikut berapa banyak terung korang guna.
Iza akan sediakan jugak tepung yang kering untuk salut last sekali before masuk dalam kuali. Baru la nanti ada crispy kat luar terung tu. Makan pun crunchy je.
Last but not least, masukkan terung tadi tu dalam kuali yang dah siap panas ok. Api sederhana je. Terung ni tak ada la nak masak lama sangat pun. Kejap pun ok.
Dah siap! Make sure korang makan time panas-panas tau. Iza tak recommend korang simpan sebab biasanya mesti terung akan jadi lembik pastu tak crispy dah. Terung Goreng Tepung ni korang boleh je makan dengan nasi jugak. Kalau nak buat kudap-kudap korang boleh makan dengan sos. Fuh sedap!
Thanks for reading. Till we meet again.
Assalamualaikum.
sedappnyaaa
BalasPadamsedapp. cuba la. senang je ni.
PadamPernah makan awal bulan hari tu kat Pak Andi restoren,tg aru. Sedap! Nnt nk buat sendiri lah
BalasPadambuat jangan tak buat. heheh
Padam