Skincare: Review Swanicoco Fermentation Peptine Eye Care Cream

Assalamualaikum

Hari ni Iza nak share eye cream yang super cute and very effective for myself. Ok jap sebelum tu korang pakai eye cream atau krim mata tak? Kalau korang tak suka pakai atau tak pernah pakai, Iza nasihatkan korang kena pakai jugak. To be honest mana-mana eye cream memang a bit pricey tapi invest la sikit kalau nak cantik kan? Especially bila umur macam Iza ni ha. Dah masuk 3 series tau so kedut-kedut tu anytime boleh keluar dah especially bawah mata. Tu la gunanya eye cream.


Kali ni Iza cuba produk dari Swanicoco pulak. Pernah dengar tak? Swanicoco ni adalah salah satu produk dari Korea. Korea saja kan? Well dekat Korea memang sangat mementingkan penjagaan kulit muka ni, so tak hairan la kalau banyak produk dari sana. Apa yang menariknya Swanicoco ni sebab produk dia berasaskan bahan-bahan semulajadi termasuk la eye cream dia.

Swanicoco Fermentation Peptine Eye Care Cream

Bungkusan: 

Dari segi packaging Swanicoco Fermentation Peptine Eye Care Cream ni ada dua sebenarnya iaitu tube (45ml) dan botol (30ml). Iza pulak dapat yang dalam tube. For me both packaging are convenient tapi for those yang suka travel Iza recommend ambil yang tube sebab tube korang senang nak selit-selit dalam bag skincare korang tu. Design dia pulak simple je tapi ada cute signature dekat packaging dia which is lab tools such as flask, penunu bunsen dan lain-lain.


Ada sticker dekat tepi penutup untuk pastikan produk memang tak pernah dibuka
Bahan-bahan: 

Aspergillus/Rice Ferment Filtrate, Ginseng Callus Culture Extract, rh-Oligopeptide-1, Caffeoyl Tripeptide-1, sh-Octapeptide-4, Nicotinoyl Tripeptide-1, Acetyl hexapeptide-22, Butylene Glycol, Palmitoyl Tripeptide-38, Dictyopteris Polypodioides Extract, Stearic Acid, Niacinamide, Saccharomyces/Viscum Album (Mistletoe) Ferment Extract, Saccharomyces/Imperata Cylindrica Root Ferment Extract, Lactobacillus/Soybean Ferment Extract, Ceramide EOP, Glycerin, 1,2-Hexanediol, Polysorbate 60, Caprylic/Capric Triglyceride, Saccharomyces/Asparagus Cochinchinensis Root/Lycium Chinense Root/Ophiopogon Japonicus Root/Panax Ginseng Root/Poria Cocos/Rehmannia Glutinosa Root Ferment Filtrate, Allantoin, Tocopheryl Acetate, Carbomer, Arginine, Centella Asiatica Extract, Magnolia Kobus Bark Extract, Scutellaria Baicalensis Root Extract, Polygonum Cuspidatum Root Extract, Camellia Sinensis Leaf Extract, Ruta graveolens Oil, Glycyrrhiza Glabra (Licorice) Root Extract, Adenosine, Rosmarinus Officinalis (Rosemary) Leaf Extract, Chamomilla Recutita (Matricaria) Leaf Extract, Citrus Grandis (Grapefruit) Fruit Extract, and Thujopsis Dolabrata Branch Extract

Kalau tengok bahan-bahan dia memang sangat banyak natural ingredient yang bagus untuk anti-aging especially Ginseng yang boleh jugak melindungi dan mengaktifkan semula kulit. Terdapat juga Peptides yang menggalakan kolegen dan menganjalkan kulit dan Ceramides yang boleh membantu memperbaiki dan  menguatkan sistem dinding kulit semula jadi.


Tekstur & Bau:

Kalau dah namanya krim, do expect thick texture. Tapi takdela macam pakai krim yang tebal sangat tu. Thickness dia just nice for an eye cream. Yang bestnya bila kita sapu dia akan cair and rasa light je. Tak rasa pun macam eye cream tebal. Tekstur Swanicoco Fermentation Peptine Eye Care Cream ni jugak kalau perhatikan betul-betul macam ada shimmer sikit. So memang akan nampak a bit glowy lepas sapu. Untuk bau dia pulak definitely akan bau a bit ginseng and bau bahan yang diperam. Lagipun memang dorang ada proses fermentation pun tapi jangan la risau sebab bau dia sangat sekejap. Few seconds dah hilang dah. Tak sempat pun bau tu nak sampai ke hidung.



Review:

Iza dah guna Swanicoco Fermentation Peptine Eye Care Cream ni like almost 2 weeks dalam 1 week plus la and Iza dah nampak sikit kesan dia. Haa. Awal-awal lagi Iza dah cakap Swanicoco Fermentation Peptine Eye Care Cream ni effective kan? Fine line bawah mata Iza memang nampak berkurang dekat situ. Walaupun dia tak la terus hilang but still nampak effectiveness dia. Lagipun tak semua kulit sama tau. Yang ni kesan pada Iza and Iza sangat happy dengan kesan ni. Bawah mata Iza pun less puffy which is so great. Ini lah yang kita mahukan. 


Ada sesetengah eye cream dia ambil masa nak settle down atau nak absorb dekat kulit tapi dengan 
Swanicoco Fermentation Peptine Eye Care Cream ni tak. Tak perlu ambil masa lama pun nak absorb. Iza biasa akan guna eye cream sebelum moisturizer, korang hanya perlu sapu krim dan tap krim tu bawah mata and massage sikit especially hujung mata. Lepas sapu krim ni korang akan rasa bawah mata korang soft je.


Promo Bulan Oktober

Untuk harga Swanicoco Fermentation Peptine Eye Care Cream ni pulak RM 267.70 (tube) dan RM 239.90 (bottle). Yes, harga dia memang a bit pricey tapi korang jangan risau sebab Iza nak share dengan korang 20% diskaun. Korang cuma perlu masukkan kod "Iza20" waktu nak buat pembayaran. Untuk pembelian eye cream ni korang boleh klik sini. Eh tapi kod ni bukan untuk beli eye cream je tau. Mana produk laik pun korang boleh guna kod ni jugak ok? Kalau korang tak tau condition kulit korang korang boleh jawab survey dekat website Swanicoco ataupun datang outlet untuk pemeriksaan.

Untuk maklumat lanjut korang boleh checkout link dekat bawah ni:

Alamat Outlet
2F-11, 163 Retail Park, Jalan Kiara, Mont Kiara
Kuala Lumpur, Malaysia 50480

Website

Instagram

Facebook

* * *

(Disclaimer: Product was given to me by Swanicoco Malaysia. All review are honest and product I’m using might goes well with my skin but not with yours.)

Ulasan

  1. Menarik...pernah dengar product ni cuma tak pernah cuba lagi..tengok Iza punya perubahan tu memang ketara..bahagian mata pun perlu dititik beratkan juga dalam rutin skincare kta kan...

    BalasPadam
  2. first time dgr nama swanicoco nie. nampak mcm bagus. nanti nak tgok feedback dr org lain pulak. kalau ramai kata berkesan dan sesuai, boleh cuba.

    BalasPadam
  3. 3 series tak nampak punnnnnn Iza. Brand makin byk kan rasa mcm baru je dgr produk ni but tengok positif review ni gatai nak beli tapi in same time rasa diri masih muda tak perlu pakai. Haha kejinya I!

    BalasPadam
  4. agak kuranglah eyebag tu. kalau guna berterusan mungkin lagi okei kot eyebag tu. semoga bermanfaat pada mereka yang memerlukan.

    BalasPadam
  5. Boleh tak Rawlins dok perati your pictures? Cantik la your angle and the lighting is very nice.
    Now pasal the cream, nampak berkesan ye tak. Rawlins macam nak kena try

    BalasPadam
  6. Nampak makin kurang eyebag. Bagusla cream swanicoco ni

    BalasPadam
  7. cantik sangat u pakai, thanks for the info ya. kena cuba dulu baru rasa berkesan tak pada skin kita kan

    BalasPadam
  8. Memang nampak perubahan ketara bila pakai produk swanicoco ni. Nak try jugaklah. Bahan kandungan yang ada pun memang bagus fungsinya.

    BalasPadam
  9. eh, aah la. nampak kesan sebelum dan selepas tu. garis2 halus nampak dah pudar. Tapi mahal la harga dia. adoiiii, kena menabung demi kecantikan ni.. hehe

    BalasPadam
  10. Wow! menariknya. Suka dengan produk swanicoco ni.

    BalasPadam
  11. First time dengar brand ni. Saya memang tgh cari eye cream. Sejak ada anak jarang nak fokus diri sendiri. Hehe. Thank you

    BalasPadam
  12. Best pula tengok krim ni. Even tak pernah dgr brand ni tapi tetap nampak menarik

    BalasPadam
  13. Baru first time saya dengar nama brand ni... Swanicoco... Comel betul bunyinya... Memang kena dengan packagingnya yang cute... Nampak ada perubahan kat area lingkaran mata Iza lepas guna produk ni... InsyaAllah nanti saya pun nak cuba...

    BalasPadam
  14. Lia pernah try lipstick dari Swanicoco. Tapi belum pernah try eye cream ni. Yes mmg produk eyecream sangat penting & dah jadi rutin harian kena pakai. Nak Cuba juga lah

    BalasPadam
  15. Huhu kt pn pkai eye cream penting kot utk kt2 yg salu ngadap lappy ni! Sng eyebag n dark circle tu nnt jd mata panda huhu xp hrga pricey maknanyaa brg dia mmg bagus!!

    BalasPadam
  16. Produk ni lebih kepada cerahkn kulit atau eyebag? Tgk perbezaan kulit nampak ketara cerah. Eye bag pun makin kurang. Utk perempuan sesuai dptkn satu set, jimat

    BalasPadam
  17. Tengok ingredients dia power-power. No wonder harga pun power jugak. Saya pun setuju sangat2 yg usia 30an dah kena jaga mata supaya elakkan wrinkles especially bahagian hujung mata. Jelas nampak bila kita ketawa. Eye bag dan puffiness pun ketara kalau kita tak jaga. Sebab tu kena amalkan eye cream. Saya pun amalkan eye cream. Brand swanicoco ni nampak menarik.

    BalasPadam
  18. boleh cuba lah lepas nih
    nampak menarik

    BalasPadam
  19. orang yang tak reti tido macam akak, kena ada benda ni kot kan.. hahahaha~ kadang segan dengan mata panda ni.. haish..

    BalasPadam
  20. Great job for publishing such a nice article. Your article isn’t only useful but it is additionally really informative. Read more info about eye care services in Mahopac. Thank you because you have been willing to share information with us.

    BalasPadam

Catat Ulasan

Catatan Popular