Makeup Apa Tu? | Pixy Make It Glow Eklusif Hanya Di Watsons

Assalamualaikum

Hello readers! Hari ni Iza nak share dengan korang produk terbaru dari Pixy yang dah pun berada di semua outlet Watsons iaitu siri Pixy Make It Glow. Iza berkesempatan join pelancaran tu pada 11 Julai hari tu.


Pixy ni memang brand kosmetik yang ramai orang tau. Iza pun pernah pakai produk Pixy and not bad juga kualitinya. Tapi kali ni, Pixy keluarkan produk untuk buat muka kita lebih natural-looking glowing dan kulit muka yang lebih sihat. Which dekat dalam siri Make It Glow ni terdapat banyak ekstrak botani yang boleh melembapkan seperti Olive Oil, Jojoba dan ekstrak Yuzu.


So sebelum Iza sambung untuk review produk yang Iza dapat, here some throwback during the event. (All photos taken by Watsons)




Basically in Pixy Make It Glow series consist of basic makeup such as Make It Glow Beauty Skin Primer, Make It Glow Dewy Cushion and Make It Glow Silky Powdery Cake. Very basic kan? Sesuai untuk beginner.

Make It Glow Beauty Skin Primer 25ml (RM 28.90)


Sebelum korang makeup, primer tu penting untuk buat makeup korang tahan lebih lama. Tapi primer yang ni best sikit sebab dia boleh cover skin tone kita yang tak sekata. Dengan primer ni jugak korang boleh cover dark spot and wrinkles. 


Iza suka primer ni sebab dia tak terlalu tebal and kulit rasa hydrate bila pakai. So far Iza rasa pakai primer ni tak sumbatkan liang pori kat muka Iza ni macam primer lain. Ada sesetengah primer bila Iza pakai kulit Iza breakout. This one tak. So possibility nak beli lagi tu ada.




Make It Glow Dewy Cushion 15g (RM 54.90)


Kalau korang ni kpop or kdrama fans korang mesti boleh relate kenapa skarang ni ada cushion. Bagi Iza cushion ni sangat-sangat convenient especially bila travel. Kalau kat korang dorang memang guna cushion macam compact powder tapi untuk Iza cushion ni pengganti foundation.


Make It Glow Dewy Cushion ni bagi Iza medium coverage kalau just tepek light light je kat muka. So kalau Iza nk cover dark spot Iza perlu apply lebih sikit tapi dekat bahagian dark spot tu je. Kenapa dekat situ tapi bukan seluruh muka? That the best part, cushion ni senang blend so tak nampak bertompok pun part yang lebih tepek tu. Some more cushion ni sangat light. Make It Glow Dewy Cushion ni available in 3 colors which is 101 Light Beige, 201 Neutral Beige and 301 Medium Beige.




Make It Glow Silky Powdery Cake 10g (RM 34.90)


Kalau korang tak suka cushion, no worries. Korang boleh skip part tu and terus ke powdery cake atau kita biasa panggil compact powder. Untuk powder ni, dia light coverage. So bila pakai masih boleh cover sikit dark spot or red spot korang tu. Powder ni jugak sangat light, untuk yang tak suka rasa tebal dekat muka memang recommended pakai powder ni. Kalau korang dah beli 1 macam ni next time korang boleh beli refill dia je dengan harga RM24.90. Dah jimat dekat situ.


Untu Make It Glow Silky Powdery Cake ada 4 pilihan warna which is 101 Light Beige, 201 Neutral Beige, 301 Medium Beige and 401 Sandy Beige. Untuk korang yang suka tepek powder lepas foundation korang boleh guna powder ni jugak. Tapi untuk kulit muka berminyak atau combination macam Iza, Iza kurang recommend mix powder ni dengan cushion tadi. Iza tak pasti sama ada warna yang Iza dapat which is 101 Light Beige tu tak sesuai dengan ke macam mana sebab bila lama-lama akan ada bintik putih-putih bawah mulut macam. Tapi yang peliknya tak pulak cakey muka Iza. Tapi kalau Iza mix dengan loose powder masalah tu tak ada. So maybe Iza kena cuba try code warna lain pulak. Mungkin warna yang Iza dapat tu terlalu putih untuk Iza.




Overall Review

I’m kinda fall in love dengan product Pixy yang baru ni. Especially primer and cushion dia. Tekstur yang light memang favourite Iza. Some more all the product ada bahan-bahan yang boleh bagi hydration dekat kulit which memang extra bagus. Walaupun Iza combination skin tapi ada masanya kulit kering jugak especially lepas exfoliate muka or bila Iza guna makeup remover 2/3 sehari (usually kalau travel or keluar seharian). Bila muka kering memang Iza akan cari moisturizer which leceh nak bawak sana sini. Tapi dengan Make It Glow series ni Iza tak payah nak risau sangat.

Anyway, hopefully review Iza membantu la korang yang nak try product ni. Make sure pilih code warna yang betul ok? Product Pixy memang ekslusif jual dekat Watsons. So yeah, boleh la pergi Watsons yang berdekatan dengan korang or kalau nak baca tentang product lebih detail korang boleh check out link dekat bawah ni:

Website

Shop Online

Thanks for reading. Till we meet again.

Assalamualaikum.

* * *

(Disclaimer: All products was given to me by Watsons and Pixy during the launch event. All review are hones and products I’m using might goes well with my skin but not with yours.)

Ulasan

  1. Nanti bolehla try bedak compact pixy yang baru ni..macam menarik je

    BalasPadam
  2. macam best je primer dia tu hehe sebelum ni pakai bedak compact dia yang biasa tu je boleh lah try yang ni lepas ni

    BalasPadam
  3. Cantiknya alat mekup ni nampak exclusive sangat bekasnya kita orang laki mampu tengok jer lah tolong keluarkan duit untuk isteri boleh lah hehehehe tak apa sayang bini kata orang kan...

    BalasPadam
  4. Kita pernah pakai pixy. Compact powder 2 way cake. Dah lama dulu. Pas baca review aqak, kita terjatuh cinta lak dengan Make It Glow Beauty Skin Primer 25ml sebab harga dia hanya RM 28.90 is berbaloi dan mampu beli. Kebetulan kita memang tengah cari primer. Nanti kita nak cari laaaa

    BalasPadam
  5. Sis memang pakai bedak Pixy utk make up hari-hari. Selalu beli refill 2,3 bekas tros sebab murah Rm11 tak silap dan cover up ok. Dr zaman belajar pakai bedak ni. Next boleh cuba hat ni pulak. packaging pun nampak menarik, lawo.

    BalasPadam
  6. hari tu tengok iza buat demo kat ig. cantik gak dia punya outlook. pixy ni dah move forward kan, setanding dengan jenama yang lain.

    BalasPadam
  7. Wah bagus ni. Cx pon tgh cari barang makeup hehe. Boleh try la pixy pi. Cx rasa dulu mcm pernah tgk member pakai tp cubanya belum lg. Nanti cx usha watsons ya. Tq!

    BalasPadam
  8. Nampak exclusive juga design product pixy ni kan. Kalau saya perempuan memang dah tertarik da dengan hanya lihat design :)

    BalasPadam
  9. Maca best juga brand ni, nanti sis check out. I like to try their Make It Glow Silky Powdery Cake

    BalasPadam
  10. Like your photos and flatlays of the products. Never heard before, but something new to try!

    BalasPadam

Catat Ulasan

Catatan Popular