Makan Apa Tu? | Outlet Terbaru BBQ Chicken Di Central I-City

Assalamulaikum.

Hello readers! Hari ni Iza nak share dengan korang review makan di BB.Q Chicken Malaysia yang terletak dia Central I-City Shah Alam. Korang mesti pernah dengan pasal restoran ni kan? Rasanya dah ramai yang review makan dekat sini.


Actually BBQ Chicken Malaysia dah ada banyak cawangan dah tapi cawangan kali ni lebih kepada berkonsepkan fast dining. Jadi nama pun dorang ubah sikit jadi BB.Q Chicken instead of BBQ Chicken. 


Anyway korang tau tak sebenarnya maksud BBQ Chicken tu bukan barbecue? BBQ tu bermaksud “Best of the Best Quality”. Jangan silap pulak ok? So apa je yang Iza try dekat sini? Memandang Operater Chef dekat sini agak pemurah dan baik hati orangnya, instead of 2 flavours dia bg Iza and kawan Iza rasa 5 flavours ayam yang ada dekat sini.

GOLDEN FRIED CHICKEN


Masa tanya Operater Chef tu dia kata Golden Fried Chicken ni rasa dia lebih kurang macam ayam yanv famous dekat Malaysia tu. Tapi lepas Iza rasa, Iza tak setuju. Rasa ayam ni sedap dengan cara dia sendiri. Tak sama pun macam ayam tu. Tepung yang bersalut pada ayam ni memang crunchy anda rasa dia just nice. Pada yang nak makan ayam tak pedas and tak nak heavy Iza recommend ambil yang ni.

MALA HOT CHICKEN


Memula masa tengok ayam ni agak risau jugak la sebab nampak macam pedas sangat dengan warna paste cili yang mengancam tu. Tapi bila dah makan rasa not bad la. Iza ni bukan la makan pedas sangat tapi yang ni acceptable lagi. Menu ni memang signature dish dekat BB.Q Chicken so Iza memang suggest korang try rasa keunikan Mala Hot Chicken ni.

HOT HOT CHICKEN


Menu ni pun signature dish jugak. Tapi yang ni lagi pedas dari Mala Hot Chicken bagi Iza. Walaupun macam tu, menu ni ranking 1st kalau Iza list down ikut favourite. Rasa manis-manis pedas yang buat kita rasa nak makan lagi.

SOY GARLIC CHICKEN


Kalau pergi restoran ala-korea yang serve ayam goreng ni mesti akan jumpa menu ni. Soy Garlic Chicken dekat sini pun bot bad jugak. Favourite anak Iza ni sebab memang tak pedas langsung. Rasa manis masin yang memang well blended. Very recommended untuk yang tak tahan makan pedas.

GANG-JEONG CHICKEN


Menu ni a bit rasa macam ada bunga cengkih atau bunga lawang and bau pun lebih kurang. Tapi trust me, rasa dia tak pelik ok? Rasa dia unik yang sedap. Kalai korang rasa soy garlic dengan gochujanh tu terlalu mainstream, korang patut rasa Gang-Jeong Chicken ni. Level pedas dia biasa-biasa je. So you guys should try.

OVERALL REVIEW


Untuk kesemua menu yang Iza rasa ni semua order a la carte, korang boleh je order set yang korang boleh pilih either nak dengan fries atau dengan nasi. Among all my favourite of course Hot Hot Chicken. Memang boleh repeat makan dekat sini. Plus dekat Central I-City punya outlet fast dining so penyediaan makanan lebih cepat dari outlet lain. Ayam yang dorang guna pun sangat fres sebab bila makan rasa sangat juicy. Owh! Anyway, ayam yang dorang guna bukan ayam frozen tau. Dorang gunakan chilled chicken je which penjagaan ayam tu tersangat la rumit untuk pastikan suhu ayam dalam keadaan yang sepatutnya. I’m impressed!


So far memang semua sedap. I should try other menu too next time. Tapi sedap macam mana pun yang paling penting Halal and BBQ Chicken memang Halal certified. Cuma untuk outlet baru ni dorang baru nak apply sebab baru kan? Antara semua ayam yang Iza cuba Golden Fried Chicken yang paling crunchy. Maybe sebab dia tak ada bersalut sos apa-apa, yang bersos tak berapa nak crunchy. Maybe BB.Q Chicken boleh buat improvement dengan buat crunchinest ayam to stay longer bila serve. Mesti lagi power.. Apa-apa pun you guys should go try yourself.



Untuk more details korang boleh check out link dekat bawah ni ok?

Outlet
Lot LG-06, Central I-City, Shah Alam.

Website
Thanks for reading. Till we meet again.

Assalamualaikum.

* * *

(Disclaimer: Foods were sponsored by BBQ Chicken Malaysia. My review are all honest after trying the foods.)

Ulasan

  1. Soy garlic chicken tu favourite Nad! Dekat mana-mana Korean restaurant pun, mesti flavour tu sedap hahah. Taktau pulak BBQ Chicken pun ada bukak dekat Central i-City. Btw, you look pretty in yellow! <33

    BalasPadam
  2. Menariknya. Cx tak pernah try lagi dekat sini. Kesukaan cx la kalau ada pedas² macam ni waima ayam je hahaha. Nanti nak try la makan dkt bb.q chicken

    BalasPadam
  3. Ohh baru tau bb.q tu rupanya bukan bbq tp best of the best quality hehe..so far tak pernah try lg kat situ tp nampak mcm menarik jugak yea sbb bnyk pilihan dan level kepedasan ayam tu, sesuaila nk bwk fmly dr adults to kids kan 😁

    BalasPadam
  4. Woahh nice review! Nampak mengancam betul ayam-ayam dia lagi-lagi Gang-Jeong Chicken dengan Mala Hot Chicken sebab saya pun suka pedas-pedas. Haha. Tak pernah lagi singgah makan kat sini tapi kalau bawak member konfem dia suka ni. Thank you suggest! Tau dah nak makan mana hujung minggu ni! XD

    BalasPadam
  5. Ayam dia style 4Fingers tu ke? Julia suka ayam macam tu, mmg sedap2 basah2 sos tu kan. Tggu brand ni masuk Penang la pulak. Hehe

    BalasPadam
  6. Hana memang suka yang mala chicken tu. Rasa dia pesas manis. Sedap kan? Makan ngan nasi panas paling on. Hehe.

    BalasPadam
  7. Yummy! Macam macam flavour BBQ Chicken ni! Sedap. Soy Garlic Chicken tu nampak best!

    BalasPadam
  8. BB.Q ingatkan sama dengan BBQ, rupanya ada maksud lain....maksudnya “Best of the Best Quality rupanya.

    Mala Hot Chicken nampak sedap dan menyelerakan....boleh try ni nanti.

    BalasPadam
  9. alahai sedapnya. tak boleh jadi ni kena pergi cuba ni. Semua nampak sedap. alahai macamana ni. huhu

    BalasPadam
  10. Nampak macam best la menu dia, especially yang soy tu. Rawlins bukan sejenis yang makan pedas maka yang itu je la yang Rawlins suka. Hehe

    BalasPadam
  11. Bestnya makan ayam goreng. Rasanya emi belum pernah try lagi kedai ni. First time tahu pasal kedai ni. Nanti boleh try la kot, mana tahu sedap kann..

    BalasPadam
  12. Temptednya nak cuba! Ni kalau bawak adik beradik Mira suka diaorang ni. Memang diaorang suka makan ayam goreng, lagi-lagi jenis yang banyak flavour macam ni. Harap harga pun berpatutanlah.

    BalasPadam
  13. menarik ni, iza.
    kita disajikan dgn pelbagai jenis ayam berperisa.
    ramai2 dtg, oder yg lain2, kan.
    boleh sama2 merasa ayam perisa lain2.
    aida & famili memang suka la restoran fast food ni.
    cepat. sedap. lelebih ayam. hmmmm memang kegemaran anak2 la, iza :)

    BalasPadam
  14. not bad banyak jugak menu ayam dia, kalau dekat kyochon ada dua je pilihan. Boleh menyinggah nanti kalau datang ke i-city sebab kualiti ayam dia terbaik!

    BalasPadam
  15. BBQ Chicken tentu sedap rasanya tp jauhlah plk nak ke sana, anyway klu kak gi area sana nti blhlah singgah.

    BalasPadam
  16. Nice review iza.
    I kalau setiap kali mengidam makan ayam pedas, mesti akan cari kiosk macam ni. Tak kose nak buat sendiri, sebab menu macam ni biasa I makan buat rasa-rasa je, bukan nak buat kenyang perut. hehe. Boleh masuk dlm list ni.

    BalasPadam

Catat Ulasan

Catatan Popular