Makan Apa Tu? | ChicKing Fast Food Dari Dubai Ke Malaysia
Assalamualaikum.
Hello readers! Hari ni Iza nak share dengan korang satu fast food yang berasal dari Dubai dan dah bukak dekat Malaysia dah pun. Pernah dengar ChicKing? ChicKing ni dah ditubuhkan dari tahun 2000 lagi di Dubai and sekarang dah ada banyak cawangan termasuk Malaysia.
Ni adalah antara menu yang Iza berpeluang rasa masa datang ChicKing dekat Leisure Mall Sabtu lepas.
FLAMING GRILLED CHICKEN COMBO (RM 13.90)
Untuk set ni korang akan 2 ketul ayam panggang, kentang goreng, pes bawang putih dan nasi atau tortilla.
Kalau korang tak kenyang makan set ni Iza tak tau la nak cakap macam mana. Ayam panggang dia ada rasa lada hitam and rasa tu bukan setakat kat bahagian luar je tapi sampai ke isi-isi dalam pun dapat rasa.
Nasi dia a bit kosong so memang recommended untuk korang makan nasi dengan ayam panggang and letak sikit pes bawang putih tu. Barulah complete rasa dia.
FRIED CHICKEN COMBO ROYAL SNACK (RM 13.50)
Untuk set ni pulak datang dengan 2 ketul ayam goreng, kentang lenyek, coleslaw, roti dan air.
Set ni macam set biasa kita boleh order dekat fast food yang jual ayam. Tapi set pun kalau makan confirm korang kenyang jugak.
Set yang Iza dapat ni perisa regular, so takdela rasa pedas. Rasa macam ayam goreng biasa tapi lebih rangup. Untuk roti pulak Iza suka makan dengan kentang lenyek and coleslaw tu. Rasa dia pun sedap jugak. Sayur untuk coleslaw tu a bit besar but I don’t mind sebab rasa macam homemade. Kentang lenyek dia a bit kering, mungkit sebab gravy dia pekat. Tapi Iza suka kentang lenyek dia, memang sedap.
SPAGHETTI DELIGHT MEAL (RM 10.90)
Actually meal ni untuk budak tapi mak and bapak budak pun try jugak sebab nak rasa. Dalam set ni ada spaghetti dengan sos tomato berkeju, kentang goreng dan milo.
Anak Iza suka betul makan spaghetti ni, maybe sebab rasa tomato dia light and banyak rasa cheese. Iza pun suka spaghetti dia.
Korang pun patut cuba jugak ChicKing ni. Mana tau kot-kot jatuh cinta plak kan? Korang boleh check out list menu dekat bawah ni:
Cawangan dekat KL ni ada 1 je. Tapi untuk orang penang, korang tak susah nak cari. Kat bawah ni Iza senaraikan cawangan ChicKing yang ada dekat Malaysia.
Cawangan dekat KL ni ada 1 je. Tapi untuk orang penang, korang tak susah nak cari. Kat bawah ni Iza senaraikan cawangan ChicKing yang ada dekat Malaysia.
Outlet:
1. Cheras - LeisureMall
2. Seremban - Center Point
3. Kedah - Amanjaya Mall
4. Kedah - Desaku
5. Kedah - Tesco Kulim
6. Penang - Tesco Bertam Perdana
7. Penang - M-Mall
8. Penang - Pearl City Mall
9. Penang - Tesco Alma
10. Penang - Juru R&R
11. Ipoh - Tesco Bercham
Website:
Facebook:
Thanks for reading. Till we meet again.
Assalamualaikum.
* * *
(Disclaimer: Foods were sponsored by Chicking LeisureMall. My review are all honest after trying the food.)
Nampak menarik food dia. Boleh lah ajak family cuba makan dekat Cheras Leisure Mall nanti.
BalasPadamKat KL tak de lagi outlet dia.. done follow awak #45
BalasPadampernah jugak makan sekali kat chiking ni tapi dekat hiway utara-selatan. boleh tahan sedap jugak resepi dia. i suka ayam yg balck pepper tu sebab ada iras-iras rasa ayamas.
BalasPadamwow, tak perlu ke Dubai dah untuk rasa makanan Dubai.. hihihihihi.. Harga pun setanding dengan fast food yang sedia ada di Malaysia ni
BalasPadamWow sedapnya..banyak outlet dekat penang..nanti boleh ajak family makan kat situ..tak payah nak terbang ke Dubai..
BalasPadamAkak rasa kat Seremban Center Point dah ada dah..pernah nampak..eh...kan betul ada dalam senarai tu ha..nampak menarik dan boleh la cuba nanti..anak dara akak mesti suka...
BalasPadamNew fast food restaurant to check it out. It looks delicious and my children definitely will love it too.
BalasPadamTesco bercham ada? Baru bukak ke kat situ. Last balik umh mak bln 11 macam takde je. Nanti kalau balik sana nak try la. Boleh bawak mak abah sekali. Macam sedap je.
BalasPadamTak pernang makan dekat Chiking ni, Ayamnye nampak mengliurkan hu hu hu kena test nih, tapi kena ke Seremban mcm yg SA info ke atas..
BalasPadamTak pernah lagi ke Dubai n tak tahu macam mana rasa makanan fast food diorg. Now dah ada kat Malaysia boleh le sis gi rasa nanti
BalasPadamfirst time dengar nama Chiking ni.. fuh ayam dia membuatkan perut ni lapar tetiba time gini.. adoii.. nak check lah kat kl belah mana ada
BalasPadamTak pernah lagi saya makan kt sini.first timr dgr pasal restoran ni. Nampak macam best. Nanti boleh lah nak cuba
BalasPadamWahhh xtau pun ada ayam dubai dh kt msia ni....boleh cuba nanti...
BalasPadamNampak sedap giler. Ingat nak try tapi kalau kat kl ada kat cheras shj ya. Suka set spagheti tu nampak tempting
BalasPadamOh wow! I belum try this fast food yet. The ayam panggang and nasi tu nampak berselera sangat. Ok nanti this sunday i go try with my family.
BalasPadamAlamak. Nampak mcm sdap. Tp syg dkt shah alam tkde huhu
BalasPadamOwh kat leisure mall ada yea.. Nnti AM nak cuba la.. Especially yg spageti tue.. AM suka kalu ada cheese.. So yummy.. X sabar nak cuba..
BalasPadamtak pernah dengar lagi pasal fastfood ni. mintak2 la diorang akan bukak cawangan kat Terengganu, hehe
BalasPadamI tried this fastfood before... in 2 different branches... the taste is so drastic. one is nice, one not nice.. hahahaha~
BalasPadamAritu ada lalu sebelah. Tapi tak try pun.
BalasPadam