Day 298: A'kin Produk Penjagaan Kulit Muka Terbaru Di Guardian

Assalamualaikum.

Hello readers! Hari ni Iza nak share sikit info yang Iza dapat masa pergi #tabletalk session dengan Guardian Sabtu lepas di Eco Colony, KL. Feel so honored bila Kak Bee invite Iza untuk join session kali ni. Semoga ada la lagi peluang nak join session macam ni. Thank you Kak Bee!


Apa tu A'kin? Korang pernah dengar? A'kin bermaksud:

AAustralia Made & Owned
       Uniquely designed and created, by our in house botanical chemist

KKind to your skin and the environment
       Anti-inflammatory ingredients, No animal testing, 100% Vegan, Recyclable Packaging

IIngredients: pure, natural and of the highest quality
      High levels of active botanical ingredients, Rosehip Co2 Extraction, Longer Shelf life, Backed by Clinical Studies

NNO Nasties
       No Parabens, Sulfates, Silicones, Mineral Oils, Fillers Artificial colours, Preservatives


A'kin sangat mementingkan ingredient setiap produk dia. Jadi korang tak perlu risau nak pakai produk dari A'kin yang semestinya tak ada bahan yang bahaya. Selain tu A'kin juga cruelty free yang bermaksud dorang tak jalankan ujian pada haiwan. A'kin juga menggunakan bekas yang dikitar semula untuk mengelakkan pencemaran alam sekitar. Good job A’kin!

Starting #tabletalk session ni, wakil dari A'kin menerangkan rangkaian yang ada untuk penjagaan kulit. So jom kita check out rangkaian produk penjagaan kulit dari A'kin ni:

ROSEHIP OILS

Rosehip oils diorang ni memang best seller. To be honest Iza memang tak pernah pakai apa-apa jenis face oil sebelum ni sebab Iza ada combination skin so rasa macam tak sesusai nak pakai apa-apa oils. Tapi Rosehip Oil dari A'kin nampak macam menarik untuk cuba. Ada 4 jenis Rosehip oils yang korang boleh cuba antaranya Organic Rosehip Oils, Organic Rosehip Oil With Vitamin C, Cellular Radience Booster Oils dan Weightless Rosehip Oils.


Organic Rosehip Oil (RM 76.32/20ml @ RM 123.49/45ml)

Memulihkan kelembapan dan menyihatkan semula kulit dengan 100% certified Organic Rosehip Oil yang cepat meresap pada kepekatan minimum 80% asid lemak penting (Omega 3.6,9) untuk kesihatan kulit yang optimum.

Kaya dengan vitamin dan anti-oksidan yang melindungi kulit dari kesan persekitaran, mengelakkan tanda penuaan dan membantu mengurangkan kedutan, parut dan tanda regangan.

Organic Rosehip Oil With Vitamin C (RM 91.42/20ml)

100% certified Organic Rosehip Oil yang diperkaya dengan vitamin C dan Australian Macadamia Oil untuk mencerah dan memperbaiki keseluruhan tona kulit. Direka untuk memerangi tekanan dan kerosakan peringkat tinggi pada kulit yang disebabkan oleh matahari dan alam sekitar, face oil yang berkepekatan tinggi ni mampu mencerahkan keseluruhan tona kulit, memperbaiki tanda-tanda penuaan yang kelihatan dan melambatkan kesan dari cahaya matahari, pigmentasi dan bintik-bintik umur.

Cellular Radiance Booster Oil (RM 123.49/20ml)

Diperkaya dengan 7 certified Organic Oil dan ekstrak tumbuhan termasuk Rosehip Promegranate dan Seabuckthorn untuk meningkatkan kelembutan dan keanjalan kulit serta kehadiran tanda-tanda penuaan. Membaiki tekstur dan tona kulit supaya nampak lebih berseri dan muda.

Weightless Rosehip Oil (RM 123.49/45ml)

Sangat sesuai untuk muka dan badan, terutamanya bagi yang rasa Rosehip Oil biasa terlalu berat untuk kulit dorang. Campuran minyak yang unik ni boleh mengurangkan kekasaran dengan tidak berminyak, ringan dan penghidratan yang menyerap cepat. Formula menghidupkan dan memulihkan dari Sandalwood oil boleh mengurangkan selulit dan kehadiran kulit yang tak sempurna, sementara itu Abyssinian dan Macadamia oil meyerap dengan cepat untuk megekalkan kelembapan.

CLEANSERS

Tak lengkap routine skincare kita kalau tak ada cleanser ni kan? Kita memang kena cuci muka setiap hari untuk pastikan semua kotoran yang melekat kat muka tu hilang. Untuk A'kin, dorang ni ada beberapa jenis cleansers antaranya Purifying Gel Cleanser, Nourishing Cream Cleanser & Toner dan Cleansing Micellar Water. Untuk gel cleanser tu sesuai untuk semua jenis kulit especially yang kulit berminyak, cream cleanser untuk kulit yang kering dan micellar water tu biasanya digunakan sebagai make-up remover.


Purifying Gel Cleanser (RM 101.79/150ml)

Gel cleanser yang lembut dengan pH seimbang ni mengandungi Sandalwood dan Orange Flower yang membersih dengan lembut dan membuang lebihan minyak, make-up dan kotoran lain.

Nourishing Cream Cleanser & Toner (RM 101.79/140ml)

Cleanser krim yang sangat sesuai untuk kulit kering dan sensitif, diperkaya dengan Rose, Geranium, Shea Butter dan Sesame Oil untuk membersihkan make-up dan kotoran secara lembut dan menjadikan kulit sihat, bersinar dan terhidrat.


Cleansing Micellar Water (RM 38.58/150ml)

Air pembersih yang mempunyi pH seimbang serta bebas sabun ni diinfusi dengan Organic Coconut Water  dan Green Tea untuk menghidrat dan membersih make-up dan kotoran secara lembut.

TONER

Ada sesetengah orang tak suka pakai toner tapi bagi Iza, Iza paling suka toner. Lepas cuci muka mesti nak pakai toner supaya rasa muka tu fresh je. A'kin pun ada toner yang Iza tak sabar nak cuba iaitu Hydrating Mist Toner.


Hydrating Mist Toner (RM 64.06/150ml)

Mist toner ni diinfusi dengan Organic Coconut Water dan mempunyai pH seimbang yang boleh membuatkan kulit muka sejuk, refresh dan terhidrat. Diperkaya dengan Green Tea untuk menyeimbangkan tona kulit dan Chamomile untuk menenangkan dan melembutkan kulit yang penat dan tertekan.

EXFOLIATOR

Penting jugak untuk kulit kita exfoliate kulit muka sekurang-kurangnya seminggu sekali untuk buang sel-sel mati pada kulit dan semestinya A'kin jugak ada exfoliater iaitu Invigorating Facial Scrub.


Invigorating Facial Scrub (RM 101.79/75ml)

Scrub yang lembut ni membetulkan tekstur kulit dengan membuang kotoran dan sel kulit mati dengan bantuan biji Jojoba dan Corn yang halus. Diperkaya dengan Witch Hazel dan Vitamin B5 yang melega dan membersihkan untuk kulit lebih cerah dan lembut.

EYE GEL / EYE CREAM

Kalau korang selalu ada masalah eyebag dan kedutan kat mata, eye gel / eye cream ni sangat penting untuk korang. Iza memang tak pernah tinggal pakai eye gel / eye cream tiap malam. Untuk A’kin ada 2 iaitu Correcting Eye Gel dan Lifting Eye Cream.


Correcting Eye Gel (RM 142.36/15ml)

Eye gel yang mempunyai penyerapan yang cepat ni adalah gabungan White dan Vitamin C yang menegangkan, menyegarkan dan mecerahkan bahagian mata yang lemah dan dalam masa yang sama membantu mengurangkan bengkak dan lingkaran hitam pada bawah mata.

Lifting Eye Cream (RM 142.36/15ml)

Mengandungi Echium Oil, Camu Camu, Hyaluronic Acid dan Vitamin C yang membantu menegangkan dan meredekan garis halus dan kedutan yang ada pada mata dan juga boleh mencerahkan dan menyihatkan kulit sekeliling mata. Krim ni ringan dan mudah menyerap pada kulit juga.

MOISTURIZERS

Moisturizer ni biasanya part last dalam routine skincare. Biasanya Iza memang takkan skip sebab moisturizer ni la yang akan lock segala essence and serum kita dah tepek kat muka kita tu. Dengan A’kin ada beberapa jenis moisturizers yang korang boleh pilih antaranya Hydrating Antioxidant Day Cream, Replenishing Antioxidant Night Cream, Intense Hydration Day & Night Cream, Calming Day & Night Cream, Line Smoothing Day Cream dan Firming Night Cream.



Hydrating Antioxidant Day Cream (RM 123.49/50ml)

Krim siang yang sangat menghidrat, cepat meresap yang diperkaya denga Organic Coconut Water untuk menghidrat dan Green Tea untuk membantu melindungi kulit dari kesan pencemaran dan radikal bebas.

Line Smoothing Day Cream (RM 123.49/50ml)

Krim siang ni boleh mencerah, melindungi dan menyihatkan kulit serta melawan secara semulajadi tanda-tanda penuaan dengan menghidrat secara intensif dan memerangi garis-garis, kedutan dan bintik-bintik tua supaya kulit muka lebih muda bersinar secara semulajadi.


Replenishing Antioxidant Night Cream (RM 123.49/50ml)

Krim malam yang mudah menyerap ni dipekaya dengan Organic Coconut Water dan Vitamin E untuk menyuburkan dan mengecas semula kulit waktu tidur dan Green Tea membantu untuk melindungi kulit dari kesan pencemaran dan radikal bebas.

Firming Night Cream (RM 122.55/50ml)

Menggabungkan kehebatan Echium Oil, Camu Camu, Vitamin C dan Hyaluronic Acid untuk mencipta krim yang boleh menghidrar secara intensif dan membantu merangsang penghasilan sel baru ketika tidur. Krim malam ni akan menegang dan memulihkan untuk tektur kulit yang lebih lembut dan tegang dengan mengurangkan garisan dan kedutan, memperbaiki keanjalan kulit. Sesuai untuk kulit yang matang.


Intense Hydration Day & Night Cream (RM 125.38/50ml)

Krim yang menyuburkan kulit secara dalam dan kaya dengan bahan antioksida ni adalah gabungan Certified Organic Shea Butter, Rosehip Oil dan bahan antioksida yang berkesan dalam membantu mengecas semula, memperbaiki  dan menghidrat kulit dengan mendalam. Gunakan setiap pagi dan malam dalam skincare routine korang, terutama yang mempunyai masalah kulit kering.

Calming Day & Night Cream (RM 123.49/50ml)

Dengan moisturizer tanpa wangian ni boleh menghidrat dan melembut kulit sensitif secara intensif, diformulakan dari Chamomile, Shea Butttee dan Vitamin E yang meninggalkan rasa lembut dan lembab walaupun pada kulit yang sangat sensitif. Sesuai digunakan siang dan malam dalam skincare routine korang.

Selesai penerangan, semua diberikan soalan dan diminta untuk berikan pendapat masing-masing. Ni soalan untuk Iza:


Bagi Iza memang sangat penting untuk dapatkan kulit yang sihat. Kulit yang sihat tu buat muka kita lebih cantik dan bersih. Bila lebih cantik kita akan rasa lebih confident untuk berdepan dengan orang especially untuk orang yang bekerja yang kena jumpa ramai orang.

Aktiviti seterusnya, semua diminta untuk decorate frame kosong dengan bunga kering secara kreatif. Fuh, gigih masing-masing nak deco. Iza yang tak kreatif ni pun terus jadi kreatif. Ni lah hasilnya:



Last but not least, #tabletalk session ni berakhir dengan penyampaian doorgift untuk setiap orang dan sesi bergambar. Dapat 2 doorfgift which 1 dari Guardian sendiri dan 1 lagi dari A'kin. Iza tak sempat nak ambil gambar doorgift Guardian tu sebab anak Iza dah sambar dulu. So Iza ada gambar doorgift dari A'kin je. 


Picture credit to Kak Bee (Guardian Representative)
Iza dapat produk A'kin antaranya Organic Rosehip OilPurifying Gel Cleanser dan Hydrating Mist Toner. Tak sabar Iza nak cuba especially bila dah tau kebaikan produk ni. 


Selain dari skincare, A'kin ada jugak keluarkan produk body care dan hair care. Kalau korang nak cuba produk dari A'kin ni korang boleh pergi ke mana-mana oulet Guardian atau beli online dekat sini.

Thanks for reading. Till we meet again.

Assalamualaikum.

* * *

(Disclaimer: The event was organized by Guardian and A'kin. )

Ulasan

  1. waktu memakai cream night firming dan roseship vitamin c

    BalasPadam

Catat Ulasan

Catatan Popular