Day 297: Review | Keunikan Althea Milk Peel Cream Mask

Assalamualaikum!

Hello readers! Harini Iza nak share dengan korang face mask yang cool giler. Althea buat surprise lagi dengan product baru dorang iaitu Althea Milk Peel Cream Mask. Iza dah try and I really love it. Some more mask ni bukan mask biasa sebab dia akan jadi buih bila kita pakai.



BAHAN-BAHAN UTAMA

Ekstrak Protein Susu
Bukan nama dia Milk Peel Cream Mask kalau dalam mask ni tak ada unsur susu. Kita semua tau betapa banyaknya kebaikan susu untuk kita. Tapi fungsi utama ekstrak protein susu ni sebagai pelembap dan menegangkan lagi kulit muka.

AHA & BHA
Kalau korang ni peminat skincare mesti korang akan tau apa tu AHA dan BHA. Kedua-dua ni adalah asid yang membantu untuk exfoliate kulit muka korang dengan membuang sel kulit mati supaya kulit muka lebih lembut dan cerah.

Kaolin
Kaolin ni adalah sejenis clay mineral atau tanah liat yang menyahtoksin dan menarik keluar kotoran dari liang pori.



SENARAI BAHAN-BAHAN PENUH

Water (Aqua), Kaolin, Glycerin, Disiloxane, Bentonite, Propanediol, Myristic Acid, Methyl Perfluoroisobutyl Ether, Stearicacid, Methyl Perfluorobutyl Ether, Potassium Hydroxide, 1,2-Hexanediol, Palmitic Acid , Ethylhexylglycerin, Milk Proteinextract, Disodium Edta, Gaultheria Procumbens (Wintergreen) Leaf Extract, Gluconolactone, Glycolic Acid, Titaniumdioxide (Ci 77891), Fragrance (Parfum), Coumarin*, Hexyl Cinnamal*, Citronellol* 



CARA-CARA PENGGUNAAN

Iza biasanya akan pakai mask ni lepas Iza cuci muka. So masa muka tengah lembap tu korang bolehlah apply mask ni. Ratakan dekat seluruh muka atau bahagian yang korang nak letak je. Tunggu selama 30 - 60 saat sebelum korang bilas dengan air.



OVERALL

Bagi Iza mask ni agak unik sebab buih yang terhasil lepas dah ratakan mask tu ke seluruh muka. Masa dia tengah berbuih-buih tu Iza dapat rasa macam ada tingling effect sikit. Lepas dah bilas muka dengan air, kulit muka rasa lembut je. Suka betul feeling tu. Iza memang suka mask yang tak perlu ambil masa lama ni sebab kadang-kadang nak jaga muka tapi kena rush buat keje rumah jugak. So this mask is perfect for me. Walaupun mask ni ada AHA, BHA dan Kaolin tapi mask ni tak buat kulit muka Iza kering sebab adanya ekstrak protein susu. Mask ni pun bau best, ala-ala bau bedak baby gitu. Mask ni sesuai untuk semua jenis kulit muka. Cumanya Iza nak remind korang dalam mask ni ada fragrance tau, so pada yang sensitif tu maybe boleh fikir dulu before beli.



Kalau korang nak rasa sendiri keunikan mask ni korang beli dekat link bawah ni:

Website: Althea.kr
Harga: RM 36.00

Thanks for reading. Till we meet again.

Assalamualaikum.

* * *

(Disclaimer: The product was sponsored by Althea for Althea Angels. All my reviews are honest after testing the product. )

Ulasan

Catatan Popular