Day 283 :Ke Kuching Buat Pertama Kali Hanya Bertiga | Travel Day 2
Assalamualaikum.
Hello readers. Ok jom kita sambung Day 2 dekat Kuching.
Hari kedua ni memang kitorang all out pergi berjalan sebab hari first tu dah missed few tempat. Memandangkan hotel yang kitorang duduk tu tak ada sarapan makan jalan-jalan cari makan la kitorang pagi tu. Kitorang decide ke seberang sungai dulu pagi so nanti petang tak perlu ke seberang dah.
Pak Amit Cafe
Rata-rata kalau korang google nak makan kat mana mesti suggest makan mee kolok kat sini. So kitorang pun terjahla sarapan kat sini. Iza first time rasa mee kolok and rasa dia sedap! Tak tau la kalau mee kolok memang rasa macam ni ke apa tapi memang sedap. Mee dia macam guna mee sanggul tu tapi macam maggie pun ada jugak. Daging dia tak ada la liat sangat just nice je. Very recommended. Kedai dia biasa-biasa je. Macam makan kat food court pun ada dia punya feeling tu tapi still selesa.
_________________________________
Taman Orkid
Lepas dah kenyang kitorang proceed pergi Taman Orkid. Kat sini tak ada apa sangat. Bagi penggemar orkid mungkin suka la kot. Ada banyak jenis orkid yang dorang tanam kat sini. Masuk free je. Masa kitorang datang tu pun ada few Chinese yang baru lepas jogging kat sini.
Tempat dia memang cantik tapi bagi Iza biasa je. Tak ada apa yang menarik sangat and agak penat jugak la berjalan dalam tu sebab ada yang naik bukit. Anak Iza suka la berjalan-jalan camni. Bagi Iza kalau korang pergi Kuching tak singgah sini pun tak apa. Kalau nak singgah pun tak salah. Saje penuhkan aktiviti berjalan kan?
Muzium Kucing
Dah penat jalan bawah cahaya matahari kitorang cari tempat redup pulak. Bila google macam ramai recommend pergi Muzium Kucing. So Iza pun macam tertanya-tanya la jugak apa yang ada kat muzium ni. Rupanya dalam muzium ni mostly cerita pasal kucing je. Iza beriya ingat pasal sejarah mana datang nama Kuching kat Sarawak ni. Tak tau la Iza yang confuse ke apa atau maybe Iza yang salah faham.
Dalam muzium ni dorang pamerkan koleksi penggemar kucing. Memang banyak sangat. Dari sekecik-kecik sticker gambar kuching ke besar-besar patung kucing. Boleh tahan la dia punya fanatik kucing tu. Jenis-jenis makanan kucing pun ada. Tapi pameran ni tunjuk koleksi bukan orang Malaysia je. Serata dunia punya koleksi la lebih kurang. Siapa peminat kucing boleh la datang sini tengok koleksi yang ada.
Dari Muzium Kuching tu kalau on the way turun balik ada satu tempat tepi jalan ni korang boleh ambil gambar pemandangan yang boleh nampak Gunung Santubong. Cantik sangat view kat situ. Husband pun sempat ber-drone kejap.
Kek Lapis Dayang Salhah
Sebelum kitorang seberang balik sungai teringat pulak nak beli kek lapis. Iza pun tak rasa kek lapis ni macam mana dah la kakak-kakak siap order. Sampai kat kedai Kek Lapis Dayang Salhah ni korang boleh rasa kek dia. Dia sediakan tester. Tak ada la tersalah beli nanti. Tapi kek dia memang sedap. Ni pun Iza recommend jugak korang singgah beli.
Tapi Iza tak ambil gambar dalam kedai pulak. Maafkan saya. Tapi kalau korang nak beli kek lapis kat sini Iza suggest beli Kek Lapis India. Sumpah sedap sebab dia mcam ada rasa coklat. Tu memang best seller dorang. You guys should try! Tapi nak beli online pun boleh cuma tak feel la. Gituuu.
On the way balik seberang tu husband nak singgah plak MRSM Kuching. Tempat dia belajar masa lower form dulu. Kemain lagi nak bergambar depan pintu sekolah. Ehem. Ada teringat sesiapa ke tu? Hahah.
Kampung Budaya Sarawak
Kitorang rushing pergi sini lepas beli kek lapis sebab kena balik hotel dulu simpan kek lapis and solat. Sampai kampung budaya pun dah pukul 4 petang masa tu. Dorang pun macam nak tutup dah. Then dorang bagi half price kat kitorang. Kesian tengok kitorang agaknya datang dari jauh.
Kampung budaya ni best. Banyak rumah and budaya yang korang boleh tengok yang ada kat Sarawak. Sangat menarik bagi Iza. Kawasan dia agak luas jugak la sebab banyak rumah kan. Tak semua rumah Iza masuk. Rasanya dah tak mampu nak jalan dah. Dari pagi sampai petang kot. Mencabar betul.
Kawasan kat kampung budaya tu tenang je. Hijau je semua and cantik sangat pemandangan. Masa kitorang pergi tu dah tak ada orang sangat maybe sebab nak tutup dah. Kalau pergi pagi maybe ramai la kot kat situ.
Annuar BBQ Steamboat
Dekat Kuching ni waktu dia agak cepat. So cepat je rasa dah malam. Kitorang balik dari kampung budaya tu nak sampai ke hotel dah malam dah. Langit pun dah gelap. Cari makan malam la ceritanya. Memandangkan kitorang suka steamboat and bakar-bakar ni kitorang decide nak pergi Annuar BBQ Steamboat.
First thing first Iza recommend korang datang sini. Korang mesti cuba bagi penggemar steamboat. Pilihan bahan-bahan nak steamboat dia tak ada la banyak sangat tapi yang penting sup dia tu and pencicah bakar-bakar dia tu. Memang sedap. Kedai ni pun ramai orang datang. Kalau korang suka kambing mesti korang akan bahagia kat sini. Makan steamboat style buffet ni korang amik la banyak mana pun sampai kenyang.
Selain bakar-bakar and steamboat ada je makanan lain macam spaghetti and nasi kalau korang nak makan yang berat-berat. So takde la risau kot-kot tak kenyang. Tapi kalau dah makan daging berkeping-keping takkan tak kenyang lagi kan?
_________________________________
Overall tu je la tempat yang Iza pergi untuk day 2. Post untuk day 3 nanti Iza share overall experience ya. Kalau korang tak baca lagi post day 1 boleh baca kat sini:
Thanks for reading. Till we meet again.
Assalamualaikum.
* * *
(Disclaimer: This trip was not sponsored by any party and review are all mine.)
Ulasan
Catat Ulasan