Day 239: Review Perfume Rosellé Minaz

Assalamualaikum.

Hello readers. I'm back again. Kali nak review perfume ni pulak. Last time Iza buat unboxing masa Iza beli perfume Roselle ni. Kali ni Iza nak review bau dia pulak. Tapi sebelum tu Iza nak ucapkan tahniah dekat owner Minaz ni iaitu kak @pijaminaz sebab dah berjaya menghabiskan 1000 botol perfume ni masa 2nd launch semalam. Tahniah kak.

Sebelum Iza review Iza nak citer sikit pasal perfume ni, Iza tak jumpa detail macam sebelum ni. Top, center and base notes dia. Tapi Iza dapat tau yang perfume Roselle ni gabungan daripada bau Roselle Vanilla, Limau dan Teh Hijau. Sebab tu la bau dia lembut and sweet kot.


First time Iza bau perfume ni, bau dia wangi sangat. Lembut je bau dia and sangat-sangat la flowery. Tapi tetiba pop keluar dalam fikiran, eh bau dia macam familiar. Macam bau perfume Victoria Secret. Biar betul? Ok tak apa. Iza hold dulu yang tu tunggu weekend baru gi cari bau ni. Sabtu lepas gigih pergi Victoria Secret kat midvalley (alang-alang nak amik router).

Habis semua perfume dalam Victoria Secret tu Iza bau sebab nak cari bau yang sama. Tapi malangnya tak jumpa. Nampak tak kat situ? Iza memang suka bau-bau perfume dari Victoria Secret sebab bau dia semua sweet dan unik. Susah nak jumpa kat perfume lain. Bila bau Roselle ni memang bagi Iza sweet dan unik setanding dengan Victoria Secret. Bau sweet dia rare and susah nak jumpa dekat perfume lain.

Memang perfume ni jadi perfume fav Iza la jawabnya selain perfume RCW tu. Heheh. Perfume ni memang memenuhi citarasa Iza la lebih kurang. Dah la botol dia cantik sangat and exclusive bagi Iza. Ibarat beli perfume yang valu beratus-ratus tu.


Untuk ketahanan bau ni perfume ni pulak, Iza dah pakai untuk 3 hari dah. Iza pakai pergi kerja and jalan-jalan. Cara pemakaian Iza - sembur belakang telinga, dada, pergelangan tangan, bahagian depan and belakang tudung. Ni cara Iza tau. Cara orang lain Iza tak tau la. Kalau cara Iza ni memang boleh tahan dari pagi pergi kerja sampai Iza balik keje. Tapi balik keje tu bau dia tak sekuat masa kita memula pakai la. Tapi bila orang datang dekat masih boleh bau perfume tu.


Dengan tu Iza nak bagi:

Memang very recommended la perfume ni bagi yang sukakan bau yang sweet macam ni.

Harga untuk sebotol 35mL:
RM89.00

Korang boleh beli dekat Minaz cawangan Bangi and dekat Official Agent dorang. Sebarang info korang boleh cari dekat IG dorang ni:


Selamat mencuba!

Thanks for stopping by and have fun!

Assalamualaikum.

Ulasan

Catatan Popular