Day 214: Jalan-Jalan a.k.a Honeymoon Di Cameron Highland - Penginapan Silverstar Hotel

Assalmualaikum!

Hello readers. Tamat sudah Episode Saya Dah Kahwin hari tu. Last post hari tu pasal baju nikah Iza. Biasa je kan? Tapi effort tu yang penting. So kali ni Iza nak share pasal honeymoon Iza ke Cameron Highland pulak? Kenapa Cameron? Kenapa tak pergi pulau ke? Hmm. Ntah la eh. Maybe sebab tempat tu sejuk kot. Iza dengan En. Husband bukannye tak pernah pergi pun. Pernah je pergi masa trip dengan coursemate dulu. Tapi tak jalan habis la.

Actually kitorang memang takde plan betul-betul pun. Cakap-cakap je. Cuma Iza ada la cari tempat nak menginap. Pastu jumpa la kat Booking.com. Apa yang bagusnya kat Booking.com ni korang tak perlu bayar deposit tau. Boleh terus booking. So Iza booking la 1 hotel ni nama dia Silverstar Hotel. 

Iza tau hotel ni pun sebab dok google and baca blog orang lain hotel mana yang ok nak stay kat Cameron. Ada macam-macam hotel. Tapi En. Husband kata cari yang hotel budget je. Yela, honeymoon tak plan kan. Duit pun kitorang tak buat budgeting pun untuk honeymoon. Iza baca ada 1 blog ni cerita dia stay dekat hotel ni. Dia kata barang-barang dalam hotel ni branded-branded macam tilam, tv, water heater semua tu. Tapi tak dapat plak tengok gambar. Huhuhu. Tapi Iza booking jugak. Tawakal je la.

Lets go! Kitorang dah ready. Tapi muka Iza yang tak ready.
11 Ogos tu kitorang bergerak la dari KL ke Cameron. Memang sengaja pergi lepas kenduri belah Iza. Beberapa hari sebelum tu Iza ada google, cuaca kat sana tak berapa nak ok sebab tengah musim hujan. Adoii. Susah hati rasa. Tapi memang banyak la doa supaya cuaca elok je nanti. Ikutkan ramalan kaji cuaca tengahari je start hujan sampai ke malam. Macam mana nak berjalan camtu?? Huuuu.

Sesi nak memenuhkan memori hp En Husband.
Sekali kantoi pulak. gun a HP dia. Muka dapat tangkap wife kantoi.


Masa ni dah nak sampai dah Cameron Highland.
Silverstar Hotel tu terletak dekat Brinchang. Jauh jugak la nak naik. Tapi sebenarnya Brinchang ni macam tengah-tengah. Kalau nak berjalan sama ada naik lagi ke atas atau turun ke Tanah Rata. Ok je duduk tengah pun. Iza rasa tak jauh sangat kalau nak pergi mana-mana. Nak cari hotel ni takdela susah sangat cuma dekat area hotel ni agak sibuk. Sebab banyk jugak hotel lain and ada jugak kedai makan so susah sikit la nak dapat hotel. Nak nak pulak hotel budget kan. Parking sendiri mau ingat la. Tapi Alhamdulillah masa sampai tu senang dapat parking.

Memula tengok hotel tu macam telan air liur jugak la. Betul ke ni. Macam scary je. Sebab dekat bawah tu ada kedai makan cina. Ada anjing lagi berkeliaran. Risau jugak la kalau-kalau dorang masak haiwan kegemaran dorang tu asap dia masuk dalam bilik hotel ke kan. Tapi Alhamdulillah tak masuk pun. Bau pun takde. (^.^)V

Check in sepatutnya pukul 2, tapi kitorang sampai sana dalam pukul 1 tak silap. Dia ok je kitorang nak check in awal. Tapi spoil plak sebab takleh pakai credit card. En Husband tak terpikir takleh pakai credit card. Hotel kan, biasa ok je. Nasib baik memang ada standby cash. Then kitorang masuk bilik. Emmmm. Ok la bilik dia.

Ok kan??




Untuk bilik camtu bagi Iza ok la kot dengan rate RM158 untuk 3 hari 2 malam. Bilik dia takde la besar mana. Arah kiblat dia tak letak dalam bilik tapi dekat kaunter tu dia ada tunjuk. Iron tak perlu bawak dah kalau nak iron baju sebab dah ada iron dekat bawah. Aircond memang tak ada ya. Untuk pengetahuan Cameron memang sangat sejuk. Bilik kitorang yang ada kipas tu. Time lepak-lepak pasang la. Time tido or lepas mandi memang tutup la kipas. Tapi ok jugak ada kipas, atleast bilik tu tak rasa terperap sangat. Ada sesetengah hotel kipas pun tak ada. Air dia plak tak payah cakap la. Boleh cramp time nak buang air. Sejuk weh.

So untuk hotel ni Iza boleh bagi 7/10 la untuk bilik yang kitorang dapat tu. Sebab dia selesa. Ok la untuk orang yang datang bukan nak memerapkan diri dalam hotel. Cuma hari sampai tu je kitorang dok dalam bilik lama sebab En Husband penat drive so dia nak rehat. Malam baru kitorang keluar cari makan. Then balik hotel balik tidur.

Bagi korang yang teringin nak try nginap kat hotel ni korang boleh pergi dekat:

atau

Selamat bercuti ke Cameron Highland!

Thanks for stopping by and have fun!

Assalamualaikum.

Ulasan

  1. Thanks Iza for cadangan. Rasa lom terlewat lagi, untuk wish. Happy for ur new love journey, semoga kekal bahagia till jannah.

    BalasPadam
  2. Thanks Iza for cadangan. Rasa lom terlewat lagi, untuk wish. Happy for ur new love journey, semoga kekal bahagia till jannah.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Thanks Sakinah untuk wish and singgah baca blog saya. :D

      Padam

Catat Ulasan

Catatan Popular