Day 209: Saya Dah Kahwin: Episod Mari Berinai
Assalamualaikum!!
Alhamdulillah, dah seminggu lebih Iza bergelar isteri. Ecewah. Macam tak percaya pulak kan. Tup tup je dah kahwin. Syukur sangat semuanya dah selesai. Iza sangat-sangat bersyukur sebab Allah mudahlan semuanya. Walaupun bulan Ogos ni bulan yang paling banyak hujan turun menurut ramalan kaji cuaca, tapi Alhamdulillah masa majlis Iza setitik hujan pun tak turun. Syukur. Kuasa Allah kan. Berkat doa semua ahli keluarga Iza. Heeeee. Semua orang boleh makan dengan selesa dan kenyang. Weeeee.
So Iza akan review and share satu-satu benda yang Iza buat untuk preparation kahwin Iza ni. Harap-harap apa yang Iza share ni sikit sebanyak boleh la korang take note ya. Heeee.
Episod kali ni Iza nak share dengan korang untuk inai yang Iza gayakan pada majlis Iza hari tu.
Untuk hiasan inai Iza amik dari kakak yang sangat peramah ni:
Instagram: @shidakamarudin
Facebook: Shida Kamarudin
Iza memang teringin sangat nak berinai yang corak-corak macam pengantin-pengantin skarang buat tu. Cantik sangat bila tengok. Tu yang teringin tu. Iza pun google punya google cari sampai jumpa. Banyak jugak yang buat service ni. Macam-macam pakej Iza jumpa. Tapi kenapa Iza pilih Kak Shida? Sebab, pakej kak Shida paling menarik perhatian Iza. Pakej Kak Shida tak semahal orang lain and family Iza boleh join berinai sama dari serendah RM5 tau.
Pakej yang Iza amik RM80 untuk full cap jari tangan + design atas tangan + tapak tangan + full cap jari kaki + keliling kaki. Untuk kos datang ke rumah RM30. Bagi Iza berbaloi and Iza rasa ni yang termurah Iza jumpa so far. Tak tau la kalau korang jumpa lagi murah. Hehehe. Plus Kak Shida ni memang mesra orangnye. Lembut je bila cakap. Kita pun tak kekok dengan dia. Habis kakak-kakak iza, kakak ipar and anak-anak sedara semua nak bantai pakai inai jugak. Hahaha. Memang letih jugak la Kak Shida nak inaikan.
Time ni buat Iza punya dulu. Pengantin first ok? |
Iza tak snap pulak pic family Iza yang dah berinai. Kalau korang nak tengok inai yang family Iza buat ada dekat IG Kak Shida. Korang boleh tengok kat sana. Dorang dari kononnya nak buat yang RM5 je sampai berpuluh ringgit dah dorang buat. Punya la sukanya sampai dekat pukul 1 pagi ke dah pukul 1 lebih ntah Kak Shida dok inaikan lagi family Iza. Lagi 1, korang bagi je design yang korang nak. Insya Allah Kak Shida boleh buatkan. Macam anak buah Iza yang dah besar tu, dorang dok google design yang dorang nak and cantik je Kak Shida buatkan.
Dah selesai Iza punya. Orang lain tengah amik turn. |
Ni lepas Iza dah basuh esok paginya. |
Masa tunggu orang lain, inai Iza sempat jugak kering. Mana yang dah kering tu Kak Shida kata dah boleh cabut. Sebab inai yang Kak Shida guna ni boleh main tarik je bila dh kering. Kalau nak lagi hitam boleh biarkan lama lagi.
Atas ni antara gambar-gambar yang photographer official amik masa photoshoot. Cantik kan??? Iza sukaaaaaaaaaaaaa.
So, untuk B2B yang nak mencari khidmat berinai/henna boleh la cari Kak Shida kalau nak inai cantik macam Iza. Hehe. Boleh pergi dekat link dekat atas tadi ok?
Thank for stopping by and have fun.
Assalamualaikum!
Cantiknya henna awak
BalasPadamCik kumbang buat simple2 je hari tu
Btw tahniah :)
http://kumbangmerahbintikhitam.blogspot.com/p/wedding-review.html
thank Cik Kumbang. Dah lama sangat teringin nak berhenna macam ni. Hehehe.
BalasPadam