Day 207: Selamat Hari Raya 2015 - OOTD Raya Pertama
Assalamualaikum!
Hello reader. Alhamdulillah dah selesai Ramadhan. Lepas ni akan rindu Ramadhan semula. Hari ni dah 1 Syawal. So Iza nak ucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI, MAAF ZAHIR DAN BATIN kepada semua umat Islam di seluruh dunia ni.
As usual la, beraya dengan nieces and nephew. |
Raya tahun ni Iza macam tak berapa nak beriya sangat. Maybe sebab busy prepare nak kahwin jugak kot. Tinggal beberapa minggu je lagi. Tapi macam takde perasaan ni, Confius jugak. Dah kenapa kan? Hahaha. Well, bak kata my colleague memang normal ada perasaan macam tu. Heartless.
Pasal kahwin tu nanti la Iza share Iza punya prepartion. Belum ready nak share. Bila dah selesai sume Iza akan share jugak. Heeee.
So raya pertama ni Iza beraya dengan jubah and jubah ni Iza dah pernah pakai ok. Nampak tak betapa aku tak hirau preparation raya tahun ni. Hahahah. Tapi Iza still nak share apa yang Iza pakai hari ni. Hahahah.
Baju dan kasut yang Iza beli on9 je. Beg tu sekadar hiasan ok. Bag dah lama tu. Tudung je beli dekat kedai.
1. Jubah - Gayekinisha
Boleh beli on9 ataupun dekat kedai dia dekat Shah Alam Seksyen 7 sana tu.
2. Instant Shawl - AnggunZara
Yang ni Iza memang beli dekat kedai dia dekat Seksyen 7 jugak. Best pakai instat shawl ni. Terbentuk je bila pakai. Cepat and senang.
3. Kasut - ZALORA
Iza beli on9 je. Kebetulan Iza dapat voucher RM50 dari LINE pastu Zalora plak ada buat discount 20% time tu. Murah giler Iza dapat. Heheh.
4. Bag - unknown
Beli bag ni dah lama. Beli kat kedai tepi2 jalan je,
Ok gambar atas ni pura-pura jadi model. Sila abaikan kalau tak berkenan. Hahahah. Beg tak pakai since Iza pun tak berjalan raya rini. Esok baru nk berjalan balik kampung.
Sekian saja laporan saya. Heheh.
Thanks for stopping by and have fun!
Assalamualaikum.
Ulasan
Catat Ulasan