Day 203: Review Fuel Shack
Assalamualaikum!
Hello readers. Macam rajin pulak Iza nak manaip malam ni. Padahal siang tadi letih drive sana sini hunting for fabric dengan botol kaca untuk wedding Iza nanti. Yang tu Iza citer kemudian eh.
So kali ni nak review makanan di Fuel Shack. Pernah dengar tak? Susah nak jumpa sebenarnya Fuel Shack ni sebab restoran dia ada dekat shopping mall yang bukan tempat tumpuan. Bukan maksud Iza tak ramai orang cuma, tempat yang orang macam Iza jarang pergi. Contohnya macam KLCC, TBS, Low Yat, etc. Tempat tak berapa nak menarik la bagi Iza. Tapi kali ni Iza makan dekat IOI City Mall yang baru tu.
Fuel Shack ni brand Malaysia tau. Bukannye brand oversea ya. Apa yang menarik Fuel Shack ni, burger dia. Korang mesti pernah makan burger bakar kan? Kan femes burger bakar ni. Fuel Shack ni lebih kurang macam tu la. Tapi dia guna daging burger yang lebih berkualiti la.
Abaikan orang tu, Iza pun tak kenal siapa. |
Fuel Shack tak macam McD tau. Burger dia rasa fresh. Takde la rasa macam makanan kena awet. Memang sedap. Tak tipu punya. Kalau makan memang kenyang punya la sebab daing burger dia tebal ala-ala macam burger bakar tu. Jadi memang puas hati la kalau makan,
Iza pun first time cuba Fuel Shack ni. Memang menarik la.
Even cara dia serve pun menarik. Cantik plak kan kotak dia. Hahaha. Harga dia not bad la. Tak ingat dah harga dia berapa. Tapi berbaloi la untuk kekenyangan selepas tu.
Kalau korang nak tengok menu yang ada kat Fuel Shack ni korang boleh pergi website dia:
Kalau korang ada singgah dekat tempat yang ada restoran Fuel Shack ni. Try la makan kat sana. Tak rugi kalau cuba. Heeeeeeeeeeee.
Thanks for stopping by and have fun!
Assalamualaikum.
Ulasan
Catat Ulasan