Day 165: Cabaran Poreless White Maybelline Clear Smooth BB Silk Cake Powder

Assalamualaikum!

Hola! Rasa macam super excited plak hari ni. Actually tak ada la super excited. Allah menguji Iza hari ni. Huwaaaa!

Taya kereta pancit!!!
Sadis tol. Masa ni on the way nak gi menjalankan tugas dekat Al-Madinah University dekat Plaza Masalam. Huuu. Terlanggar satu lubang sikit punya besar. Iza ingatkan bertutup, den  ni dah la bawak kete berdezup perginye. Memang cenggini la bila dah langgar luban besar. Sadis tol. Alhamdulillah ada abang yang sudi menolong den yang tak pandai nk tukar tayar kete sendiri. Thanks my bro! Jasamu dikenang! 

Ok, sebenarnya bukan nak cerita pasal ni. Tajuk pun tak ada kaitan. Cuma nak meraih simpati. -.-"

Pasal Plaza Masalam tu, memang betul ada universiti kat situ. Hebat kan. Dalam shopping complex kot. Tapi nanti dorang akan pindah. Takde la student dorang berfoya-foya time class. Hahah. Ok. Bukan nak citer pasal ni jugak. Actually, masa nak baik tu Iza tak ada duit kecik nak bayae parking. So Iza pun masuk balik dalam Plaza Masalam tu nak gi pecahkan duit. Padahal tayar kete dah pancit time tu. Sempat lagi gi cuci mata dengan alasan nak pecahkan duit.

Iza pon gi la Watson. Tu je la yang Iza suka perginya pun plus yang paling tak jauh. Tempat len macam kedai baju. Tak ada hati lak nak gi. Lagipon memang Iza tengah nak cari compact powder. My EH loose powder ritu dah habis. Harapkan Any Cushion EH tu memang berlemak lah. Tak terdekat nak beli lagi. Best memang best. Yang tu nanti Iza review kemudian. Heeeee.

So, back to Watson. Tinjau punya tinjau, jumpa la bedak yang sangat tertarik debom ni.

Click untuk tumbesaran.
Nampak macam menarik giler. Dah la purple. Bila bukak kotak, lagi la. So cute!! Warna bekas dia memang cantik. Ada shining2 gitu. 

Click untuk tumbesaran.
Ni bahagian dalam dia. Actually Iza nak amik Pixy, tapi Iza paling tak suka compact powder jenis bekas panjang ni. Bila tengok yang ni nampak cam cool plak kan. Hahah. Plus disc RM3 sebab Watson member. Kuikuikui.

Apa yang best sangat prdoduk ni?
Dia cakap kat depan kotak tu:
Poreless. Visibly brighter. Oil control for hours.

Tak ke macam tertarik tu? Tau la kan muka Iza ni camne. Klu tak tau boleh selak muka surat Day 162: Cabaran 28 Hari Belita Rae Skin Works. Kat situ Iza de membebel pasal muka Iza ni. Hehe. So, bila baca tu macam riang gembira la kan. Why not give it a try. So Iza pon beli la dengan bangganya. Hahahha.

Sekarang ni Iza nak tengokla. Betul ke apa yang diiklankan kat kotak compact powder ni? Nak dipendekkan citer yang dah panjang. Iza akan try product ni esok and akan review malam esok untuk tengok keberkesanannya.

So tiga benda ni yang iza akan perhatikan:
1) Buat muka Iza poreless
2) Buat muka Iza cerah
3) Buat muka Iza kurang berminyak.

Kita tunggu review esok ye. 
Itu saje.
Assalamualaikum.

Ulasan

Catatan Popular