Day 164: Review Cabaran 28 Hari Belita Rae Skin Works (Week 2)

Assalamualaikum!

Hola readers! Semua sihat ke? Dah makan malam ke? Kenyang ke idak? Heheh. Sekarang dah masuk minggu ke-2 Iza pakai Belita Rae. But this week memang challenging sangat sebab red flag plak kan. Aish! Elok2 muka nak bersih dah tetiba jerawat muncul. Dia punya muncul macam cendawan tumbuh lepas hujan. Aiseh! Camne teman nak review nih??????

Tapi takpe, hangpa sume tengok je la muka teman yang sangat tak glamour kat bawah ni ye.

Click untuk tumbesaran
Nampak tak hari dia lompat2? Ritu sampai Day 6 (Review Week 1). Tup tup miniggu ni dah Day 9. Hahaha. Jangan ler terkezut sangat. Bukan apa, rasanya macam sama je sebab jerawat tu ada. So buat apa letak pic yang macam sama je, macam sama je. Ye dak? Tu yang dok lompat sana sini. Sorry la ye kawan2. 

Payah sangat nk buat review minggu ni sebenarnya. Tapi tak ada few things yang Iza perasan over this week. Tak bek prasan, kuikuikui. Actually camni, ingat tak Iza penah cakap yang Acne Cream tu bila pakai dia akan masakkan lagi jerawat? Ingat tak? Klu tak ingat pi selak muka surat sebelah. Memang betul la yang tu, tapi baru Iza tau dia akan masak untuk jerawat yang ada mata je. Eeee. So disgusting cakap pasal jerawat. Hahah. Klu disgusting sila tekan pangkah. Heheh. Bila sapu Acne Cream tu dekat jerawat yang memang betul2 baru yang baru ada bonggol2 je, dia kecut! OMG! Hahaha. Jangan terkejut sangat ye. Ni apa yang Iza alamila kat kulit Iza. Kulit orang len cek tak tau la camne plak efek dia kan. 

So, sesiapa yang dah start ada bonggol2 tanda nak tumbuh jerawat tu bolehla letak Acne Cream tu ye. Overall Iza rasa biasa je. Tak banyak sangat experience macam first week. Maybe kulit muka dah start serasi dengan produk ni. Masa first week tu terkejut beruk agaknya. Tu macam kerenah dia jadi.

So far, hidung Iza yang mengelupas tu dah takde dah. Alhamdulillah. Lepas tu Iza cuma rasa kadang2 kulit muka Iza macam licin. Eh? Hahaha.

Iza ada dua minggu lagi. Tapi cukup ke nak sampai 2 minggu? Bendanya dah tinggal sikit. Huwaaaa! Tapi takpe kita guna sampai habis ye.

Itu saje dari Iza, assalamualaikum!

P/s: Untuk tatapan muka glamour. (Muntah darah sikit)
This is what happen bila cuti lama sangat. -.-"

Ulasan

Catat Ulasan

Catatan Popular