Day 158: Gua Tempurung Trip~
Assalamualaikum.
Hye all. Sorry eh, kali ni entry in malay. Ergh! Memang fail betol diri sendiri ni. Katanya berkobar-kobar nak meng'update' setaip hari. Update ntah ke mana, hari-hari ntah ke mana. Huuu. Nak kata busy memang la busy. Tapi sebenarnya lebih kepada malas. Hahaha. Nasib la.
So hari ni nak citer pasal Gua Tempurung yang Iza pergi errrrr tak ingat dah bila. Hahah. Fail lagi. Tak apa la. Janji kita share. So biar gambar berbicara sebab kali memang banyak jugak kot nak upload. Layankan je la.
Malam masa gerak dari KL. Singgah berhenti sebab memasing lapar. Huuu.
Kalau xsilap sampai ipoh lebih kurang 2pagi kot. Tak ingat laaa.
Ni la rumah yang kitorang duduk. Nama dia Strawberry Homestay. At first dorang bercadang lelaki tidor tingkat bawah, perempuan semua kat atas. Tapi tak manis la kan. 1 rumah ada lelaki and perempuan bukan muhrin. So, dorang decide tidor rumah tuan punya rumah, Syukor. Dia ni ada banyak homestay kat area ipoh ni. So boleh tengok blog dia dekat sini: Kay Homestay
The next day nya guys datang kat homestay kitorang and masak for breakfast. Yang tu Ijam yang masakkan. :D
Posing dulu sebelum masuk Gua Tempurung. Memasing tengah get ready simpan barang and tukar kasut bagai.
Beginning entry nak masuk gua. Heheh. Sempat lagi amik gambar. Orang kat belakang dah bising. Lantak lah! Hahaha.
Masa ni memasing tengah fokus dengan guider tu cakap. Dia dok explain bentuk-bentuk batu yang ada dalam gua ni. Macam-macam rupa la. Baju la, kerbau la ntah ape ntah lagi.
Pemandangan dalam gua. Serious sejuk kot dalam gua ni. Tapi memang berpeluh jugak sebab penat mendaki. Mendaki??? Yup, mendaki. Tapi mendaki naik tangga ye. Hahah. Tinggi kot. Kalah pergi hiking. Memang penat tahap dewa punya.
Ni tengah tunggu turn nak menggelongsor ke bawah. Extreme tol. Kat sini baru training je. Rupanya ada lagi 1 part kena gelongsor jugak. Yang bapak tinggi nak turun. Scary pun ada. Tapi jangan risau sebab kita pergi ramai-ramai. Orang yang turun dulu akan tolong ornag yang turun kemudian. :)
Muka penat tapi tetap nak bergambar kat signboard yang dah usang tu.
Bergambar sebelum berangkat ke destinasi seterusnya.
Dah penat mendaki dalam gua, kitorang pergi mandai dekat sungai ape ntah nama dia. Guys semua sibuk setting barang nak masak.
Yang kitorang sibuk bergambar. Kesian Farahin, camera man memang slalu tak banyak gambar.
Semua dah siap setting baru girls nak tolong. Hahaha. Bijak-bijak.
Salah satu menu yang ada selain ayam bakar, garlic bread dengan mushroom soup.
Sorry korang, aku memang lapar gila time ni. Iza rasa iza paling kebulur kot. Orang tak makan lagi, iza dah melantak roti ngan sup bersama Mr.BF.
Satu lagi menu, sosej goreng hangus?
Ni muka lepas makan ni. Dah tak ada keje merendamkan kepala.
Gadis-gadis yang jadi saksi aktiviti guys.
Amik gambar lagi and Farahin tak ada lagi. Thanks Farahin.
Ni pagi nak balik tu. Sementara tunggu guys nak datang bergambar kenangan dulu.
Destination sebelum balik, Cameron Highland! Iza first time jejak kaki kat sini. Sila abaikan muka excited yang kat belakang tu.
Gila ramai orang. Maybe sebab weekend kot.
Strawberries!
Thanks Hanis sebab amikkan gambar ni. :D
Pemandangan Cameron Highland.
Sempat lagi dorang membeli belah bunga and kaktus kat sini.
Sebelum kitorang di bawak melantak lunch, singgah makan ice-cream strawberry dulu. Eh? Dessert dulu? Tak kisah la. Then pergi makan and chow balik KL semula.
Overall memang sangat best. First time masuk gua, first time datang Cameron Highland. Best giler. Thanks korang sebab buat trip ni. Next trip pergi Pulau Perhentian pulak katanya. Will wait for that.
Info pasal Gua Tempurung boleh tengok kat sini:
Segala info pasal harga and details pasal gua sume ada kat link atas ni.
Tu je la nak story-mory. Next entry nak citer pasal macaroons. :P
Assalamualaikum.
P/s: All picture credit to Farahin punya camera and orang-orang yang mengambilnya kecuali gambar dalam gua. Tu Iza amik sendiri. :)
Ulasan
Catat Ulasan