Day 130: Saya penat.
Assalamulaikum.
Hello reader(s), I'm back again after few days of missing. Iza memang busy sesangat bila dah keje ni. Kadang-kadang bukan sebab keje jugak, tapi tak ade idea nak taip apa. So ada few benda nak share malam ni. First thing first Iza nak bagitau yang Iza sangat penat. Penat ni banyak benda pun boleh jadi. So xsemestinye penat keje je tau. Macam-macam penat rasa. Baru-baru ni Iza pergi ke Pahang, urusan kerja. Orang nampak seronokla kot. Actually, the fact memang seronok. Maunye tak seronok, berjalan kot. Sorry la tak ade pic nak share. Tak sempat nak amik pun. Yang jadi xseronoknye bila kita yang xberapa nak kaya ni kene pura-pura kaya untuk laksanakan tugas yang dah diberikan. Huuuu. Kalau ikutkan ok je sebnarmye, tapi sebab bulan depan Iza nak konvo. Iza kene prepare duit untuk tu. Tapi disebabkan Iza bawak mak and abah Iza sekali masa pergi Pahang tu, Iza cuma pikir 1 je. Selagi Iza tak kedekut dengan mak and abah Iza, selagi tu Allah takkan kedekut dengan Iza. Insyaallah rezeki tu ada kat mana-mana je. Tu je pegangan Iza. Janganla anggap, orang keje macam Iza ni banyak sangat duit. Memang banyak kalau daoat jackpot. Tapi untuk dapat jackpot tu kene usaha, sabar dan tawakal. Usaha dengan keluar duit sendiri dulu. Sabar and tawakal tu sama-sama lepas dah usaha. Insyaallah!
So esok Iza kene usaha lebihla nampaknye. Kerja dari Pahang ni akan menambahkan lagi kerja Iza. Mudah-mudahan mendatangkan hasil. Insyaallah. Semoga Allah permudahkan semua urusan Iza. Kalau dulu Iza ni selalu bercelaru sikit pemikiran. So Iza cuba untuk tak mencelarukan pemikiran Iza. Tak nak dah sedey. Selagi Iza mampu, Iza akan tahan and cuba untuk senyum. :)
Tadi Iza tengok cerita Love Rain, ada my fav actor dalam citer tu, Mr. Jang Keun Suk. Heheh. Iza baru tengok sampai episode 4. Jalan ceritanye agak lambat. Tapi cam sedey jugak la awal citer nye. Teringat lak Iza masa Iza belajar dulu. Dalam cerita ni, si perempuan tu minat kat laki ni yg dilakonkan oleh JKS. And JKS pun minat kat dia. Tapi dalam masa yang sama kawan dia pun sukakan perempuan yang sama. Sebab sayangakan kawan dia cuba jauhkan diri dari perempuan tu. The "best" part bila, perempuan tu degan JKS dah start nak bercinta. Kawan-kawan baik JKS tu semua marahkan dia. Seolah-olah dia tak boleh nak pilih perempuan tu sebab dia xboleh abaikan kawan baik dia. Tapi akhirnya kawan-kawan dia terpaksa terima jugak.
Hahah. Tak boleh nak buat apa la kan. Hati orang kita tak boleh kawal. Cuma orang tu je yang boleh kawal. Plus kita tak boleh nak paksa orang untuk berhenti buat apa yang dia suka. Memang susah. Jadi, jangan la sebab benda kecik nak jadi musuh kan? Betul x?
Tu pasal perasaan. Kalau tengok citer korea kan, kalau part-part yang romantik tu mesti seronok nak tengok. Kadang-kadang terpikir, ada ke orang yang sanggup nak buat camtu untuk kita? Jawapan untuk tu adalah "NONE". Memang tak ada pon. Kalau ada pon mungkin satu dalam sejuta. Mustahil nak jumpa orang yang sanggup buat apa sahaja untuk kita tanpa fikirkan diri dia sendiri. Tapi tak ade la sampai macam tu, just sanggup bekorban pon dah cukup sebenarnye. Tapi memang susah la nak jumpa. Kalau dah kawen pon belum tentu ada suami yang betul-betul sanggup bekorban untuk si isteri. Kalau yang tengah kapel tu tak payah cakapla. Iza pon tak harap Mr.BF Iza macam tu. Sebab tu mustahil la. Sebab dalam cerita korea je yang boyfriend dia sanggup buat apa je untuk dia. Tapi bagi Iza, biarla semua tu berlaku bila dah berumah tangga. Tapi tu pun susah.
Bila tengok kawan sendiri kawen, kadang-kadang terpikir, bila pulak masa aku nak kawen agaknye. Tapi bila dengar berita, baca surat khabar, risau pulak nak pikir lebih jauh. Maklumlah. Skarang ni ramai perempuan yang lebih bekerjaya dari lelaki. Kadang-kadang lelaki nak amik kesempatan dekat perempuan tu sebab dia berduit. Tu satu hal. Ade jugak yang dua-dua bekerjaya, tapi sebab salah paham sampai sanggup bunuh isteri sendiri. Memang la ade jugak pasala isteri dera suami tu semua. Tapi dengan Iza, insyaallah tak akan ada pendereaan. Wink!
Kalau tengokkan peristiwa yang berlaku kat dunia skarang, bila masanya ade suami dan isteri yang sanggup bekorban untuk satu sama lain? Dalam family Iza? Nope. Iza tak nampak pun. Tak ada jugak ciri-ciri tu. Iza nanti macam mana la agaknye. Risau pulak rasa. Huuu. Mudah-mudahan Allah pelihara Iza dari semua perkara buruk. Insyaallah.
Ok la, Iza pun nak tido la. Esok nak kerja. Pagi-pagi nak kene bangun. Good night semua.
Assalamualaikum!
Ulasan
Catat Ulasan