Day 70: SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA!!

Assalamualaikum!
Morning all, pagi ni dalam kesibukan nak study untuk test sok petang sempat lagi iza meng'update'kan blog yg dah lama tak update. Nak kata busy bebenor xde la sangat. Maybe sebab xde idea nak buat entry apa. Banyak sebenarnye nak citer. Tapi xde evidence pulak. Eceh! Macam case study plak. Hahaha. Mentang2 la belajar Egineering Ethics, dah pandai nk buat case study sendiri. :P Ok, tipu je.
So ape cer sebenarnye ni? Xde menda pon. Iza cuma nak ucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha/Hari Raya Korban pada umat Islam yang menyambutnye. <3

Took from google image, comey kan? Heee

So, tak sabarla nak balik umah Khamis/Jumaat ni. Huuu. Mintak2 la balik Khamis petang (macam ko balik ngn bas iza, drive sendiri sudah). Xde la, klu petang sangat mak tak bagi pulak. Skang ni kan musim hujan je memanjang. Riso jgk, semalam dengan kilat kuat giler lagi. Huuu. Takut. Alhamdulillah xde pape jadi. So kesimpulannye, klu Khamis tu habis class lewat, jawabnye lepas subuh Jumaat la iza balik. Huuuu.

Tak sabar ni nak balik, ritu dah la homesick. Ikutkan boleh je nak berdezup balik. Tapi pikirkan kerja2 yang ada. Huuu. Balik ni mak macam nak berita gembira je. Ritu dia call dok tanye2 pasal lappy yang dah tua ni. Mintak2 ade la berita gembiranya. Klu ada alhamdulillah, klu xde pun alhamdulillah sebab dah balik umah. Huuu.

Ok, sebelum balik kenela check kete pe yang patut dulu. Tapi iza tak check pon lagi kete. Huuu. Tayar pun xisi angin lagi. Touch n go je daj reload. Minyak pun dah isi. Arini la iza nk isi angin tayar. Ari ni nak study lagi dengan Mr.BF iza. Dia dah banyak study semalam. Iza plak sakit pale semalam. Ape kene ntah. Huuu. Seb bek Mr.BF iza sudi nak blikan 100plus tengah2 malam. Drive dari umah dia ke umah iza. Mekasih awak! Sayang awak!

Eh2. Panjang lebar plak iza dok bercerita. Haha. Maklumla, banyak sangat yang terbuku kat ati ni. Tu yang dok panjang je taip tu. Okla kawan2. Iza undur diri dulu. Nak kemas beg and so on. Ade lab pagi ni. Ok la. Tata. Assalamualaikum!

Ulasan

Catat Ulasan

Catatan Popular