Event Natugee X Mrs Malaysia World Beri Kesedaran Untuk Wanita

Assalamualaikum.

Hello readers! Hari ni Iza nak share dengan korang event yang Iza attend last Sunday which is event Natugee X Mrs Malaysia World Healthy Is The New Happy yang berlangsung di Furama Hotel, Bukit Bintang. Event ni diadakan bersempena dengan kempen Pinktober iaitu bulan kesedaran berkenaan dengan kanser payudara. Event ni jugak diadakan untuk mendorong semua wanita meningkatkan kualiti hidup wanita serta memberdaya peranan penting mereka dalam membentuk pemimpin masa depan demi kehidupan yang aman dan harmoni. Seperti kata-kata Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Natugee Sdn Bhd, Puan Rena Rifaee, seorang wanita memikul peranan yang besar hingga mengabaikan kesihatan diri sendiri. Memang tak dinafikan even Iza sendiri pun dah laluinya especially masa Iza masih bekerja. Fikir family and fikir kerja jugak sampai kadang-kadang kesihatan sendiri tak terjaga dan emosi selalu tak stabil.


HORMON DALAM BADAN

Sesi pertama dimulakan dengan pendedahan simptom ketikseimbangan hormon oleh Dr. Linda Mat Hassin iaitu salah seorang pengamal hormon lanjutan daripada International hormone Society, Belgium di bawah didikan Dr. Hertoghe yang dikenali sebagai ‘Father of Hormones’. Beliau jugak merupakan Ketua Pegawai Eksekutif di Radiant Clinique aktif memberi ceramah terutamanya berkaitan kualiti kehidupan dan kesihatan yang lebih baik kepada badan korporat dan umum. 


Dengan pengetahuan berkenaan hormon kita boleh tau pelbagai gejala seperti masalah kulit, masalah berat badan dan lain-lain. Nampak tak betapa pentingnya pengetahuan tengan hormon ni. Apa yang kita perlukan ialah hormon yang seimbang untuk lebih sihat. 


PENGETAHUAN TENTANG KOSMETIK

Sesi kedua pulak dikongsikan oleh Puan Rena Rifaee yang mendidik wanita mengenai salah tanggapan mengenai produk penjagaan wajah. Walaupun ia bersifat kosmetik namun tidak dinafikan ia antara penyumbang kepada permasalahan wanita. Jadi sebenarnya penting bagi kita untuk tau kandungan yang terdapat dalam kosmetik atau produk penjagaan wajah. Puan Rena Rifaee jugak ada kongsikan cara baca label pada produk yang betul, kepentingan kita tau jenis kulit kita dan cara yang betul untuk penjagaan kulit wajah.


Puan Rena Rifaee merupakan Ketua Pegawai Eksekutif Natugee Sdn. Bhd. Sebagai pengasas produk, beliau berkepakaran dalam bidang ini setelah memiliki Diploma in Organic Skincare daripada Formula Botanica, United Kingdom. Puan Rena amat menitikberatkan bahan dan formulasi, seiring dengan matlamatnya untuk menghasilkan produk yang ringkas tetapi berkesan dan selamat digunakan.


‘A NEW FORMULA FOR HAPPINESS!’

Sesi terakhir pula ialah forum perbincangan bersama panel jemputan berkenaan kesihatan kulit, hormon, pengurusan stres dan kesihatan mental. Panel jemputan terdiri daripada Puan Rena Rifaee dan Dr Linda Mat Hassin sendiri. Turut dijemput Datin Diana Danielle yang semua orang pasti kenal dan beliau jugak ada kongsikan masalah anxiety yang dilaluinya baru-baru ni serta turut hadir Datin Harveen Kaur merupakan Mrs Malaysia World 2017 yang kini adalah Pengarah Kebangsaan Mrs Malaysia World 2019. 


Iza dapat belajar macam-macam dari perkongsian forum ni. Dari kita nak tau punca hingga kita nk cari jalan penyelesaian kepada masalah kita tu. Apa yang dikongsikan oleh semua panel tu mostly Iza ada rasa dan lalui which lepas ni Iza tau apa yang patut buat bila berdepan dengan situasi yang sama.


SPONSORSHIP

Penaja utama untuk event kali ni ialah Natugee sendiri serta theAsianparent app dan Waka Waka Playland. Semua penaja utama ada buka booth masa event so ada la aktiviti yang tetamu boleh join masa break.




Dalam banyak-banyak booth definitely Iza paling tertarik nak cuba produk dari Natugee lepas dah dengar Pn. Rena Rifaee bagi talk sebelum tu. Produk Natugee diperbuat daripada bahan organik dan definitely selamat digunakan untuk mommies. Masa dekat booth pun Iza ada try semua range produk dia and feels so good.


Goodies pulak banyak barang-barang yang best untuk mommies dangan baby. Antara goodies yang Iza dapat ialah:


  1. Natugee Deep Cleansing Lotion 20ml & Natugee Happy Skin Mask
  2. Narinar Aromatheraphy Oils
  3. BondaHaven Spa
  4. Jamu Tun Teja MEKAR Breast Herbal Firming Cream
  5. Lovera Magic Jelly Baby - Multipurpose Gel for baby skin
  6. Wirdora Rivoli Swarovski Brooch Set
  7. Eori Eczema Wonder Skin Oil
  8. CHIIO by The Nitty Gritty
  9. Voucher Waka Waka Playland
  10. Voucher Furama Hotel
Thanks again Natugee for having me at the event. Iza pun tak sabar nak try produk Natugee and others produk yang Iza dapat tu. Dekat bawah ni korang boleh check out link for all 3 sponsors untuk event kali ni:

NATUGEE

Website

Instagram

Facebook

WAKA WAKA PLAYLAND

Website

Instagram

Facebook

THEASIANPARENT MALAYSIA

Website

Instagram

Facebook

Thanks for reading. Till we meet again.

Assalamualaikum.

* * *

(Disclaimer: The event was held at Furama Hotel and sponsored by Natugee, Waka Waka Playland, theAsianparent Malaysia and others.)

Ulasan

  1. Nampak menarik product ni...lama tak pi event..suka tengok kawan- kawan pi event skrg ni...packaging product ni pun menarik dan nampak exclusive..kena check website diorang for more info...

    BalasPadam
  2. Oh yes, Auntie Lilly agreed with you - that Healthy Is The New Happy.

    BalasPadam
  3. Bestnya dpt pg event ni, ilmu pun boleh dapat sekali kan..done follow yg ke 90 yer..

    BalasPadam
  4. tertarik tengok ada cleansing device tu. skrg ni mmg trend sungguh orang guna cleansing device tu supaya cuci muka lagi bersih, bila kulit bersih barulah dia absorb skincare kita dengan baik.

    BalasPadam
  5. wah, memang semua wanita wajib datang event ni! banyak ilmu yang boleh dipelajari. terima kasih atas perkongsian ya :)

    BalasPadam
  6. Suka lah orang perempuan bila datang event macam ni hehehe selain daripada banyak ilmu dan pengtahuan boleh dapat kat sini dapat juga produk yang berguna untuk orang perempuan hehehehe untung lah...

    BalasPadam
  7. Sekarang ni macam-macam produk ada di pasaran untuk kecantikan. Tapi kan kita juga kena ada ilmu untuk mengetahui dan memilih produk yang sesuai untuk kita supaya berkesan dan selamat digunakan. So, bagus ada event mcm ni untuk sama2 kita berkongsi ilmu kan

    BalasPadam
  8. Best event ni..sure byk ilmu dapat. Berminat jugak nk tahu pasal hormon2 ni..maklum dh masuk fasa setgh abad so hormon jd x menentu

    BalasPadam
  9. Berminat sangat nak attend event ni tapi tak berkebetulan pergi KL..Banyak ilmu dikongsi kan.

    BalasPadam
  10. Haa pernah tengok produk ni kat TAP. Nampak okei je. Kena cuba kat kulit dulu baru tahu okei ke tak dengan mek. Event macam ni memang seronok kalau mak mak yang hadir. Boleh cantik sama sama.

    BalasPadam
  11. Wah2 trademark dia a new formula to happy. Hehe. Banyak jgk promo utk produk ni. First time dengar. Nak hadiahkn dkt wife la masa bufday

    BalasPadam
  12. Bestnyaaaa dapat pergi event mcm ni. Bagus utk pengetahuan kita. Dan bila kita dh tahu, kita juga boleh share ilmu kita dgn org lain especially pasal hormom tu. Menarik sgt topik yg dibincangkan

    BalasPadam
  13. bagusnya kalau dapat attend event macam ni. banyak ilmu pasal kesihatan tubuh badan yg boleh kita pelajari.

    pernah nampak produk ni. bagus rupanya.

    BalasPadam
  14. Nampak menarik produk Natugee ni. Suka dengan packaging product yang nampak eklusif. Bestnya dapat jumpa Diana Danielle.

    BalasPadam
  15. Best event macam ni banyak bagi informasi berguna pada pengunjung dia. Produk yang ada pun nampak menarik

    BalasPadam
  16. Bagus ya penjual skin care sekarang, ukan sekadar menjual tapi buat juga kempen kesedaran kepentingan jaga kulit. Kadang kalau tak ada event2 mcm ni kite pun tak terfikir nk jge kesihatan kulit.

    BalasPadam
  17. Bestnya Dapat produk best2 mcm ni.. Untung da Dapat ilmu.. Dapat pulak brg2 best...

    BalasPadam
  18. Thanks for informing. New skincare products for consumers.

    BalasPadam

Catat Ulasan

Catatan Popular