Day 296: Review | The Best Althea Petal Velvet Sunaway Sunscreen

Assalamualaikum!

Hello readers! Harini Iza nak share dengan korang sunscreen yang super duper perfect for my skin. Kalau korang biasa shopping dekat Althea mesti korang pernah dengar Althea Petal Velvet punya line which is dia punya powder. Baru-baru ni dorang ada keluarkan 1 lagi product iaitu Althea Petal Velvet Sunaway sunscreen. To be honest ni the best sunscreen yang Iza pernah experience.


Apa yang kita boleh dapat dengan sunscreen ni? Come Iza share dengan korang apa benefit dia and review Iza lepas guna sunscreen ni.


LIGHTWEIGHT TEXTURE WITH POWERFUL UV PROTECTION

Dalam pemilihan sunscreen ada beberapa benda korang kena take note which korang kena tengok sunscreen tu SPF (Sun Protector Factor) berapa and ada tak dia mention PA++++. Sunscreen yang ada SPF 30 dan SPF 50 adalah yang paling sesuai and SPF ni adalah untuk protect kulit dari UVB. Untuk PA (Protection Grade of UVA) pulak, kalau lagi banyak + lagi better (maximum PA++++). 


Untuk Althea Petal Velvet Sunaway sunscreen ni ada SPF 50+ dan PA++++ which is very good protection for skin. Untuk sunscreen macam ni dah consider as broad spectrum sebab protect both UVA dan UVB. Tapi sunscreen ni lebih extra sebab diperbuat tanpa bahan kimia dan mempunyai tekstur yang ringan. So sunscreen ni sangat sesuai untuk orang yang ada kulit sensitif.

VELVETY FINISH

Dalam sunscreen ni tedapat micro powder system yang mengawal lebihan sebum. So memang perfect untuk yang ada masalah combination skin macam Iza. 


Iza kalau pakai sunscreen mesti akan ada masalah kulit jadi berminyak. Pastu mula la muka berkilat. Tapi bila Iza pakai sunscreen ni, kulit muka Iza bukan setakat tak berkilat malah tak berminyak pun and dalam masa sama kulit Iza tak kering.

Lepas dah spread evenly sunscreen tu
BAHAN UTAMA

Apa bahan utama yang buatkan Althea Pteal Velvet Sunaway sunscreen best sangat? Haa. Kalau korang nak tau, sunscreen ni mengandungi ekstak Damask rose yang boleh melembabkan dan melembutkan kulit. No wonder la bau sunscreen ada sikit bau rose but korang jangan risau pada yang sensitif bau, bau rose tu tak lama pun. Kejap je.


Damask rose mempunyai komposisi nanomolekul semulajadi yang kaya dengan vitamin untuk menembusi jauh ke dalam kulit, melegakan kulit sensitif dan menguatkan kulit supaya lebih glow gitu.

CARA PENGGUNAAN

Sunscreen ni sangat penting tau untuk lindungi kulit kita especially bila kita sentiasa terdedah dengan skincare yang ada acid. Kalau korang perasan, tiap kali skincare yang ada acid contoh AHA or BHA mesti akan mention untuk apply sunscreen bila terdedah dengan matahari. So pastikan pakai sunscreen 30 minit sebelum keluar rumah atau terdedah dengan matahari setaip hari. Untuk Althea Petal Velvet Sunaway ni, korang kena makesure shake well sebelum guna ok?


OVERALL

Macam yang Iza cakap mula-mula, sunscreen memang super duper perfect untuk Iza. Selain dari tak berminyak, sunscreen ni pun tak ada white cast bila kita apply. So takdela muka putih melepak pulak kan. Packaging dia pun simple and cute je. Senang nak bawak ke mana-mana jugak. Tekstur dia yang ringan dan lebih kepada liquid buat Iza lagi senang nak apply dan tak melekit kat muka and tangan.


Seriously korang patut cuba. Untuk lebih details korang bolech check website Althea seperti kat bawah ni:

Website: Althea.kr
Price: RM43.00

Thanks for reading. Till we meet again.

Assalamualaikum.

* * *

(Disclaimer: The product was sponsored by Althea for Althea Angels. All my reviews are honest after testing the product.)

Ulasan

Catatan Popular