Day 291: Review | Outlet Baru Pak John Steamboat & BBQ

Assalamualaikum!

Hello readers. Harini Iza nak share dengan korang outlet baru Pak John Steamboat & BBQ di IoI City Mall, Putrajaya. Bagi penggemar steamboat macam Iza and family, Iza recommend korang untuk datang sini. Sebelum ni Iza makan dekat eCurve je (boleh tengok entri tu dekat sini dan sini), kali ni berpeluang untuk makan dekat outlet baru pulak. Favourite kitorang ni!



Apa yang menarik dekat Pak John Steamboat & BBQ ni? Pak John menyediakan 5 pilihan sup yang menarik yang korang boleh pilih, antaranya Sup Tom Yam. Sup Udang, Sup Miso, Sup Kari dan Sup Ayam. Biasanya kitorang akan pilih Sup Tom Yam.

Dua orang yang paling excited bila pergi makan
Pak John Steamboat & BBQ ada banyak pilihan makanan untuk steamboat yang korang meti rambang mata nak pilih. Ada sayur hijau yang pelbagai jenis, makanan seafood yang segar-segar, bahan untuk steamboat yang pelbagai pilihan untuk dipilih serta ayam dan daging perapan yang pelbagai perisa.






Tapi dekat sini yang specialnya ada premium food yang tempat lain tak offer iaitu Autralia beef slice, New Zealand beef slice, premium abalone slice dan smoked duck breast slice. Yang ni korang kena request dekat kaunter khas dia sebab dorang nak jaga kesegaran makanan tu dengan memotongnya bila ada permintaan je. Sebelah kaunter tu pulak korang boleh la request dim sum kot-kot teringin nak makan makanan cina pulak.



Makan bbq ni tak best kalau tak ada sos, don't worry guys. Macam sos ada dekat sini. Nak mix macam husband Iza selalu buat pun tak ada masalah. Janji korang tahan pedas la.




Selain hanya makan steamboat dan bbq je, tak lengkap kalau korang tak tambah mee dalam sup korang. Ada beberapa jenis mee jugak yang korang boleh pilih kat sini. Nak mee ala-ala maggi ada, mee udon pun ada.



Kalau korang ada anak yang tak makan steamboat or bbq pun korang tak perlu risau. Bahagian makanan yang digoreng pun ada seperti nugget, kentang dan sebagainya. Ada jugak mee goreng, nasi goreng dan lain-lain. Macam anak Iza makan yang goreng-goreng tu je.








Dekat sini jugak ada pilihan untuk pemanis mulut contohnya waffle. Korang boleh pergi kaunter dia untuk pilih perisa inti dia. Ada aiskrim jugak kalau nak letak atas waffle or makan macam tu je. Kalau rasa macam western makan waffle, korang boleh request ais kacang jugak. Last but not least ada puding dan buah-buahan jugak untuk korang pilih. 





Air korang tak perlu la risau, banyak jugak pilihan. Tak nak air yang sejuk, air panas pun ada. Lepas tu boleh refill banyak kali pulak tu. Mana cukup 1 gelas air kalau makan kat sini.


Bagi Iza servis dekat Pak John Steamboat & BBQ ni sangat bagus. Kita boleh request untuk refill sup dan bole tukar pan kalau dah melekat teruk. Bila meja agak-agak dah penuh staff dia akan datang untuk ambil pinggan yang dah pakai. Restoran dia pun bersih dan selesa untuk anak-anak.




Kalau korang nak maklumat lebih lanjut, korang boleh check out linik bawah ni:


Harga pulak boleh refer sini:


Thanks for reading. Till we meet again.

Assalamualaikum.

* * *

(Disclaimer: This food review was sponsored by Pak John Steamboat through The Butterfly Project but all my review are honest from myself.)

Ulasan

Catat Ulasan

Catatan Popular